suria

Drama Sci-Fi dengan citarasa sitkom tempatan, siri Viu Original ‘AI.5YA’ bawa penonton selami sudut pandang sebuah robot

Mia Sara Shauki dan Zizan Razak teraju utama siri Viu Original berjudul AI.5YA.

PLATFORM penstriman Viu muncul dengan sebuah karya terbaharu berjudul AI.5YA iaitu sebuah sitkom kekeluargaan namun sarat dengan elemen-elemen moden termasuk aspek teknologi.

Sebagai pengarah dan juga pencipta asal drama ini, Datuk Afdlin Shauki memberitahu mahu penonton tempatan menikmati sebuah hiburan urban namun masih mengekalkan budaya tempatan termasuk penggunaan bahasa Melayu.

"Untuk sebuah drama tayangan di platform sebegini memang ada sedikit kelonggaran dari sudut kreativiti namun saya masih kekalkan bahasa Melayu dalam penulisan skrip supaya ia nampak lebih bersahaja.

"Drama ini mengetengahkan konsep urban kerana latar belakang kehidupan di bandar, bagaimanapun saya mahu nilai kemelayuan itu lebih kuat. Dengan cara begitu, penonton dapat menikmati sebuah drama bermutu tinggi dan tidak seperti yang biasa disajikan sebelum ini," katanya kepada mStar.

2022_08_18 - SM Post - AI5YA

Afdlin Shauki menggalas tanggungjawab sebagai pengarah AI.5YA.

AI.5YA sudah mula ditayangkan sejak 18 Ogos 2022 menerusi platform penstriman Viu dengan dua episod baharu setiap minggu.

Ia menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Mia Sara Shauki, Ozlynn Wati, Ako Mustapha, Farahdhiya dan Elly Ariffin.

ARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle terbawa-bawa watak Nadia di luar set penggambaran, ‘She Was Pretty’ versi Malaysia tambat hati penonton

Dalam pada itu, bercakap tentang pemilihan pelakon, Afdlin memberitahu dia berani menampilkan anaknya sendiri iaitu Mia Sara sebagai teraju utama kerana melihat kredibiliti yang pernah ditonjolkan dalam lakonannya sebelum ini.

Pemilihan Zizan juga kata Afdlin bertepatan dengan genre komedi yang cuba diketengahkan dalam AI.5YA

Ai.5Ya Pix 1

Kemunculan Ozlynn Wati dan Farahdhiya turut menghidupkan lagi drama AI.5YA.

"Anak saya sudah memegang watak utama dalam beberapa buah drama sebelum ini dan melihat pencapaiannya, saya mengambilnya berlakon dalam drama ini. Dia seorang yang rajin dan banyak bertanya jika mahukan sebarang rujukan.

"Bagi watak Zizan pula, saya tidak mahu dia terlalu menjadi diri sendiri sebaliknya saya buat dia faham karakternya dalam drama ini... syukur Zizan dapat memberi satu kelainan seperti yang saya gambarkan untuk wataknya.

"Watak Zizan boleh saya katakan macam roller-coaster, pada penghujung cerita nanti penonton akan tersentuh dengan karakter yang dibawanya," jelasnya.

Sementara itu, Zizan menjelaskan dia tidak mengambil masa lama untuk memberi persetujuan apabila menerima tawaran berlakon di bawah arahan Afdlin yang dianggap sebagai salah seorang mentor dalam dunia lakonan.

2022_08_18 - SM Post - AI5YA

Barisan pelakon AI.5YA ketika sidang media pelancaran drama berkenaan baru-baru ini.

"Sepanjang penggambaran saya rasa macam sedang menjalani penggambaran filem kerana pihak produksi sangat teliti dalam setiap aspek di lokasi penggambaran.

"Banyak yang saya belajar termasuk sikap profesional yang perlu diterapkan dalam pembikinan sesebuah drama agar kualitinya setanding seperti sebuah filem," katanya.

Menerusi AI.5YA, Zizan memegang watak sebagai Jehan yang merupakan seorang content creator dan mempunyai program tersendiri.

Bagaimanapun disebabkan satu kejadian, dia hilang kepercayaan terhadap orang sekeliling sehingga perlu mencari jalan lain untuk meneruskan program yang sedang diterbitkannya.

Pix 3

Ozlynn, Zizan dan Mia Sara dalam salah satu babak siri berkenaan.

Jehan kemudian mendapat bantuan Datuk Soffar lakonan Afdlin yang bersetuju memberi 'seorang' aplikasi android serba boleh bagi membantu menguruskan kerja-kerja hariannya.

Bermula daripada situ, Jehan bekerjasama dengan AI.5YA (Mia Sara) iaitu sebuah robot peneman yang diterimanya secara tidak sengaja akibat kekeliruan ketika membuat perjanjian.

Jehan terpaksa merahsiakan identiti AI.5YA daripada pengetahuan umum terutama pesaing terdekatnya.

Siri komedi ini mengetengahkan elemen persahabatan dan kekeluargaan melalui sudut pandang AI.5YA yang cuba memahami apakah erti menjadi seorang manusia.

Kesemua episod AI.5YA boleh ditonton di sini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain