suria

Adi Putra, Johan As’ari tiba di Jakarta promosi ‘Mat Kilau’ atas jemputan Finas dan wakil pengedar di Indonesia

Adi akhirnya turut sama promosi Mat Kilau di Indonesia.

PELAKON Datuk Adi Putra akhirnya hadir ke tayangan perdana filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan yang berlangsung di Jakarta, Indonesia pada Jumaat.

Dalam satu perkongsian di laman Instagram miliknya, Adi, 41, meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kerana dijemput oleh wakil pengedar filem berkenaan di Indonesia iaitu CBI Pictures, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan rakan pelakon, Yayan Ruhian.

“Semoga dipermudahkan. Semoga warga Indonesia memberi sambutan baik dengan hati dan tangan terbuka.

adi putra jkt 2

Adi dan Johan penuhi jemputan promosi Mat Kilau di Jakarta.

“Allah Maha Kaya, kebangkitan pahlawan, kebangkitan pejuang dan taat pada yang Satu,” katanya.

Adi merakamkan video tersebut bersama pelakon Johan As’ari yang juga merupakan salah seorang pelakon filem terbitan Kembara Studio Sdn Bhd itu.

Sebelum ini, timbul salah faham antara Adi dan pihak Kembara Studio apabila dia gagal menghubungi wakil penerbit sehingga menyebabkan pelakon berkenaan mengambil keputusan untuk tidak hadir ke Jakarta bagi mempromosikan filem tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak jawab 11 panggilan wakil penerbit, Adi Putra masih terkilan dan tetap pendirian enggan ke Indonesia promosi ‘Mat Kilau’

ARTIKEL BERKAITAN: Tak pernah kata enggan sertai promosi ‘Mat Kilau’ di Jakarta, komen sokong Adi Putra punca nama Johan As'ari digugurkan?

Adi bagaimanapun mendedahkan ada menerima 11 panggilan balas dari wakil syarikat penerbit namun dia mengambil keputusan untuk tidak menjawabnya kerana masih berasa terkilan.

Dalam satu temu bual sebelum ini, Adi memberitahu dia nekad dengan keputusan enggan menyertai kumpulan promosi filem arahan Syamsul Yusof itu melainkan mendapat jemputan dari pihak pengedar Indonesia.

Semoga warga Indonesia memberi sambutan baik dengan hati dan tangan terbuka

DATUK ADI PUTRA

PELAKON

Dalam satu komen balas di Instagram sebelum ini juga, Johan As'ari turut berasa berat hati untuk terlibat dalam program promosi di sana.

Memberi respons terhadap luahan Adi, pihak Kembara Studio memaklumkan panggilan pelakon tersebut tidak dijawab kerana mereka berada dalam mesyuarat dan tidak tahu punca Adi bertindak memuat naik status dan punca kemarahannya sebelum ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain