suria

Dituduh pemalas tiada lagu baharu sejak Big Stage, Daniel Chuer tawar hati dengan syarikat pengurusan

Pengalaman berdepan dengan masalah pengurusan tidak membuatkan Danial takut untuk menjadi artis naungan label pada masa hadapan.

NAIB juara program Big Stage musim keempat, Danial Chuer sudah penat setahun menunggu janji syarikat pengurusannya iaitu Aries Music Sdn Bhd untuk melancarkan single terbaharunya yang masih tiada khabar.

Danial atau Danial Chuer Hamasiah@Samsudin, 21, berkata, kegagalan pihak tersebut melaksanakan janji dan tanggungjawab membuatkan dia sudah tawar hati untuk meneruskan kontrak bersama syarikat tersebut.

"Saya sudah sediakan semua perkara yang diperlukan dan hanya tunggu masa untuk bertemu dengan pihak pengurusan bagi membincangkan isu ini.

"Ralat rasanya apabila sudah setahun tunggu dan tiada single yang dilancarkan. Saya telah cuba menghantar lagu yang saya hasilkan tetapi tidak diberi peluang," katanya kepada mStar.

Untitled design (9)

Danial berusaha untuk mencapai kata sepakat dengan syarikat pengurusan agar dapat membatalkan kontrak yang masih berbaki setahun lagi.

Daniel ditemui ketika majlis pelancaran album Sophia Zuhri pada malam Rabu.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Danial memberitahu sebelum ini dia masih bersangka baik namun kesabarannya semakin menipis apabila tiada sebarang perubahan berlaku dalam kariernya sejak menyertai Big Stage.

ARTIKEL BERKAITAN: Suara tak keluar, badan lemah... Danial Chuer tak buat persembahan di konsert kedua Big Stage gara-gara keracunan makanan

ARTIKEL BERKAITAN: Danial Chuer akui terganggu digelar ‘Bella Hadid‘, buktikan mampu jadi diri sendiri

Danial berkata, dia berasa seperti diabaikan apabila pihak berkenaan seakan-akan tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik dari segi promosi, pemasaran dan penerbitan lagunya.

"Saya mahu menyanyikan lagu sendiri dan bangga dengan perkara itu biarpun ia tidak popular, setidak-tidaknya saya sudah berusaha dan berikan yang terbaik.

Saya sendiri banyak terima komen mengatakan saya pemalas sebab tiada produk baru.

DANIAL CHUER

PENYANYI

"Meskipun kontrak berbaki setahun lagi, saya tak boleh tunggu kerana orang nak dengar lagu, saya kena bergerak cepat," jelasnya.

Sementara itu, Danial berkata, meskipun berdepan dengan masalah bersama syarikat pengurusan, itu tidak bererti dia serik untuk menyertai mana-mana label lain selepas ini.

Untitled design (10)

Danial berusaha untuk menyanyikan lagu ciptaan sendiri dan enggan lagi dikenali sebagai penyanyi cover.

Malah dia berharap dapat menyanyikan lagu ciptaan sendiri dan bukan lagi dikenali sebagai penyanyi 'cover'.

"Apa yang berlaku saya jadikan pengajaran dan sekiranya masalah ini selesai, saya tetap terbuka untuk mengikat kontrak bersama syarikat lain.

"Tindakan ini juga bukan hendak memburukkan pihak syarikat pengurusan tetapi saya sendiri banyak terima komen mengatakan saya pemalas sebab tiada produk baru.

"Menjadi salah seorang tenaga pengajar di sekolah muzik Mark Adam juga ada kata saya sudah tidak laku dan tiada tawaran sehingga terpaksa bekerja sebagai guru muzik," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain