PENYANYI Aisha Retno menyangkal dakwaan mengatakan dia meniru karya penyanyi lain dalam single terbaharunya berjudul Sutera. Aisha atau Sharifah Aisha Retno Sayed Sifulnijam, 22, memberitahu pendengar boleh membuat perbandingan dan penilaian sendiri di antara lagunya dengan Lathi nyanyian Weird Genius dan Sara Fajira yang dikatakan sama. "Biarlah mereka membuat andaian sendiri. Mereka yang berfikiran begitu boleh mendengar lagu Sutera dan buat perbandingan. "Ini merupakan pertama kali lagu saya berdepan kontroversi apabila dikatakan ciplak karya penyanyi lain," jelasnya kepada mStar. Aisha memberitahu lagunya tidak mengandungi sebarang unsur mistik seperti yang digunakan dalam lagu Lathi. Mengulas lanjut, Aisha menganggap tuduhan itu sebagai reaksi positif pendengar yang peka terhadap lagu Sutera. "Sebenarnya saya berasa agak teruja apabila ada pihak berkata begitu. Kalau kita lihat memang pelik mengapa saya berfikir begitu tetapi apa kata melihatnya dari sudut positif. ARTIKEL BERKAITAN: Pecah rekod markah tertinggi! Aisha Retno sebenarnya tidak sihat, beberapa kali muntah sebelum persembahan "Walaupun terkait kontroversi tetapi secara tidak langsung boleh dijadikan sebagai medium promosi kepada pendengar," katanya. Aisha turut menegaskan Sutera lebih memberi fokus kepada memartabatkan kaum wanita dan tidak memiliki sebarang unsur mistik seperti Lathi. Walaupun terkait kontroversi tetapi secara tidak langsung boleh dijadikan sebagai medium promosi kepada pendengar AISHA RETNO PENYANYI "Mungkin ada kedengaran bahasa Jawa tetapi kata-kata itu lebih kepada mencerminkan kekuatan wanita berdepan dengan cabaran," jelasnya. Dalam perkembangan lain, Aisha dijadualkan ke Indonesia pada penghujung tahun ini bagi jelajah promosi lagu Inggeris, WHUT (Wanna Hold U Tight). Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI