PERPISAHAN antara pelakon dan pengarah Datuk Afdlin Shauki dan isterinya Maria Christina Orow Abdullah tidak pernah memberi kesan kepada kehidupan anak-anak mereka. Menurut puteri sulung Afdlin iaitu Mia Sara Shauki, di sebalik perpisahan tersebut dia juga amat berbangga dengan keputusan yang dibuat oleh ibu bapanya untuk memilik jalan bahagia sendiri. "Perkara tersebut sudah berlaku. Tiada apa yang berbeza dalam kehidupan saya dan adik-beradik lain. Ibu bapa kami masih menjalankan tanggungjawab mereka. "Sebenarnya saya bangga dengan keputusan yang dibuat. Mereka matang untuk memilih jalan bahagia masing-masing. Jika mereka gembira, saya pun gembira. Saya hormat keputusan yang telah dibuat," katanya kepada mStar. Mia kini dapat sokongan penuh Afdlin dalam dunia seni. Afdlin dan bekas isterinya mendirikan rumah tangga pada 1997 dan mereka berpisah pada April lalu. Mia ditemui ketika sidang media pelancaran drama terbaharu lakonannya berjudul AI.5YA yang berlangsung di Subang Jaya baru-baru ini. ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Hati belum tertutup untuk kembali bersama, Afdlin Shauki kekok sebut ‘bekas isteri’ ARTIKEL BERKAITAN: “Ini takdir Allah” - Hubungan Afdlin Shauki dan bekas isteri tetap baik, tak mahu anak-anak terkesan Diberi peranan sebagai watak utama dalam sebuah karya arahan Afdlin, kata Mia dia juga menjadi bapanya sebagai rujukan untuk memperbaiki kualiti dalam lakonan. "Sebenarnya awal dahulu bapa tidak benarkan saya ceburi bidang lakonan kerana katanya kerjaya lain mungkin boleh memberi pendapatan yang lebih stabil. Mereka matang untuk memilih jalan bahagia masing-masing. Jika mereka gembira, saya pun gembira MIA SARA SHAUKI PELAKON "Bagaimanapun apabila nampak saya bekerja, dia tahu saya ada potensi dan mengizinkan saya untuk terus dalam bidang ini. Bapa juga banyak beri nasihat tentang cara bekerja dalam industri seni," ujarnya. Drama AI.5YA yang menggandingkan Mia bersama Zizan Razak mula ditayangkan di aplikasi Viu pada 18 Ogos lalu dengan dua episod baharu setiap minggu. Bercakap tentang perjalanan kerjaya, menurut Mia penglibatan dalam drama bahasa Melayu banyak memberi kelebihan kepadanya untuk lebih fasih bertutur kerana sebelum ini dia tidak terlalu terdedah dengan bahasa Kebangsaan. Mia dan Zizan dalam sitkom AI.5YA. "Berlakon dalam drama Melayu membuatkan saya lebih fasih berbahasa Melayu. Jadi sekarang ini saya lebih lancar bercakap menggunakan bahasa itu. "Bagaimanapun dalam drama ini, ketidaklancaran saya itu membantu menjayakan watak seorang robot," ceritanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI