suria

Ibu Remy Ishak masih kritikal selepas pembedahan jantung, kini dipindahkan ke Hospital Serdang

Remy Ishak bersama ibunya, Basrah Md Deris.

IBU kepada pelakon Remy Ishak kini masih lagi dalam keadaan kritikal selepas menjalani pembedahan pada Khamis lalu akibat sakit jantung.

Berkongsi perkara tersebut, pengurus Remy memaklumkan ibu aktor tersebut iaitu Basrah Md Deris, 64, yang sebelum ini dimasukkan ke Hospital Besar Melaka telah dibawa ke Hospital Serdang untuk tujuan pembedahan.

“Ibu Remy dibawa ke Hospital Serdang dan telah menjalani pembedahan. Sekarang dia masih dalam keadaan kritikal dan di bawah pemantau doktor.

WhatsApp Image 2022-08-27 at 12.41.46 PM (1)

Isteri Remy, Ezra turut memaklumkan pihak keluarga ada membuat solat hajat buat ibu mentuanya.

“Remy memohon doa semua agar ibunya kuat dan cepat sembuh. Dalam masa sama Remy juga mohon maaf kerana tidak dapat menjawab panggilan kerana sibuk menguruskan ibu,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mia Sara Shauki hormat keputusan ibu bapa pilih jalan berpisah untuk kegembiraan mereka

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Fitri Haris terima pengiktirafan individu paling berjaya, setaraf tokoh ternama Malaysia dalam Ensiklopedia Britishpedia 2022

Sebelum ini menerusi satu perkongsian di laman Twitter miliknya, pelakon Sangkar itu berkongsi berita sedih ibunya sedang kritikal di Hospital Besar Melaka dan turut memohon doa orang ramai.

Sementara itu, isteri Remy iaitu Ezza Yusof juga berkongis perkara sama dengan memuat naik gambar bacaan doa selamat buat ibu mentuanya.

“Selesai solat hajat untuk mak. Mohon jasa baik semua doakan ibu mentua saya dikurniakan kesembuhan,” tulisnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain