suria

Teka-teki akhirnya terjawab! Shuib sah penyampai baharu Suria FM, kendali segmen ‘Morning Morning Suria’

Shuib sah bergelar penyampai radio Suria FM bergandingan dengan Ajak dan Suraya menerusi segmen Morning Morning Suria.

KEKOSONGAN yang ditinggalkan oleh Fizi Ali di Suria FM akhirnya terjawab apabila Shuib akan menyertai stesen radio berkenaan.

Nama Shuib diumumkan sebagai penyampai baharu ketika siri Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell yang diadakan di IOI City Mall, Putrajaya pada Sabtu.

Shuib bakal memulakan tugas sebagai penyampai radio menerusi segmen Morning Morning Suria bersama Ajak dan Suraya Borhan pada 29 Ogos ini.

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Dj Lin atau Roslinda Abdul Majid, pihaknya sudah lama mengintai peluang bekerjasama dengan Shuib.

Trio ini akan ke udara menerusi segmen Morning Morning Suria.

Namun hasrat itu kembali direalisasikan selepas ada kekosongan apabila Fizi Ali meninggalkan stesen tersebut.

“Sebenarnya kami sudah lama berharap dapat bekerjasama dengan Shuib tapi baru sekarang Allah permudahkan. Shuib juga sangat terbuka untuk bekerjasama.

ARTIKEL BERKAITAN: Fizi Ali mengaku silap tinggalkan Suria FM secara mengejut, berhijrah bukan kerana wang tapi mahu kembangkan karier pengacaraan

ARTIKEL BERKAITAN: Pembedahan terpaksa dihentikan untuk tempoh 48 jam, Remy Ishak belum putus harap lihat ibu kembali sembuh

“Semoga penglibatan Shuib ini dapat membantu meningkatkan lagi jumlah pendengar. Sekali gus kemasukan Shuib melengkapkan kembali trio segmen pagi seperti sebelum ini,” katanya.

Segmen Morning Morning Suria yang sebelum ini dikenali sebagai Team Pagi Suria bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat pukul 6 hingga 10 pagi.

Sebelum itu, Fizi Ali membuat kejutan apabila meninggalkan stesen itu pada hujung Julai lalu.

Fizi kemudiannya mengumumkan dia merupakan penghijrahan ke stesen Hot FM.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain