PELAKON dan usahawan Tya Ariffin terpaksa dimasukkan ke sebuah hospital di ibu negara selepas mengalami sakit kepala kronik. Tya atau Nurtria Wulandari, 28, memberitahu dia mengalami sakit kepala ketika berada di Manila, Filipina namun kesakitan itu tidak hilang setibanya di Kuala Lumpur pada malam Jumaat. "Kelmarin dari Manila, daripada pagi saya dah pening kepala membawa sampai ke Kuala Lumpur pada 7 malam, tetap sakit kepala. "Saya tahankan juga sampai rumah tetapi sakit tetap tidak hilang sampai tidak boleh tidur semalaman. Tya berharap segera dibenarkan keluar hospital. "Semalam ambil keputusan untuk ke hospital dan bermalam," katanya menerusi Instagram. Tya turut berkongsi video memperlihatkan dia di atas katil wad dan ditemani oleh suami, Asyraf Khalid sambil mengusap kepala isterinya. ARTIKEL BERKAITAN: Anna Jobling minta cuba sendiri sebelum kecam, Tya Arifin edar 10,000 pek percuma jamu ARTIKEL BERKAITAN: Lama ‘tidur’ sejak pemergian Siti Sarah, kemunculan sebagai deejay Suria FM langkah Shuib kembali aktif dalam dunia seni Dalam pada itu, Tya memberitahu sedang menunggu keputusan daripada doktor selepas membuat pemeriksaan bagi mengetahui punca sakit kepala tersebut yang semakin teruk. Tya turut memohon doa daripada pengikutnya agar sakit kepalanya itu bukan serius dan dibenarkan pulang ke rumah. "Semoga boleh balik hari ini, dah janji dengan Arif nak tengok konsert pertamanya," katanya. Tya berada di Filipina bagi menghadiri beberapa pertemuan dan mesyuarat dipercayai berhubung produknya, Jamu Mutyara. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI