KETIADAAN kelibat pelakon veteran, Kazar Saisi pada malam tayangan perdana Abang Long Fadil 3 menjadi tanda tanya memandangkan dia adalah salah seorang pelakon dalam filem berkenaan. Pengarah filem itu, Syafiq Yusof menyifatkan ketiadaan Kazar adalah kerana pelakon itu enggan mencetuskan sebarang kontroversi meskipun jemputan sudah dibuat lebih awal. "Pihak kami sudah menghantar jemputan. Pada saya beliau sangat bertimbang rasa kerana tidak mahu mencetuskan sebarang kontroversi sekirang hadir ke acara ini. "Terpulang kepadanya dan saya menghormati keputusan yang dibuat untuk tidak terlibat dalam tayangan perdanan ini," katanya. Tayangan perdana filem Abang Long Fadil 3 yang diadakan baru-baru ini. Syafiq ditemui selepas tayangan perdana filem berkenaan yang diadakan pada malam Jumaat lalu. Ketiadaan Kazar dipercayai kerana enggan mengeruhkan keadaan rentetan isu anak perempuannya, Ira Kazar yang dikaitkan mempunyai hubungan dengan pengarah Syamsul Yusof. ARTIKEL BERKAITAN: Lama ‘tidur’ sejak pemergian Siti Sarah, kemunculan sebagai deejay Suria FM langkah Shuib kembali aktif dalam dunia seni ARTIKEL BERKAITAN: Dr Fitri Haris didakwa kena ‘scam’ dapat pengiktirafan antarabangsa... “Saya sudah semak, ia bukan penipuan” Dalam pada itu, Syafiq berkata, pemilihan Kazar sebagai salah seorang pelakon filem berkenaan adalah kerana kredibiliti aktor tersebut yang mampu memberikan elemen komedi dalam filem terbaharunya itu. Tidak mengetahui secara mendalam kontroversi yang melanda, Syafiq berkata, sebagai pengarah dia bersikap profesional dan tidak mencampur-adukkan masalah peribadi yang sedang berlaku. "Penggambaran filem ini dijalankan pada 2019 dan ketika itu belum timbul sebarang kontroversi seperti sedang diperkatakan ketika ini. "Kazar seorang pelakon yang profesional. Bukan sahaja mempunyai elemen komedi tetapi boleh melakukan babak aksi. Saya pilih dirinya kerana ciri-ciri itu selain Kazar masih aktif dalam industri," katanya. Johan dan Zizan bergandingan dalam Abang Long Fadil 3. Sementara itu, bercakap tentang Abang Long Fadil 3, Syaifq berharap ia mampu untuk terus menarik penonton memandangkan sekarang ketika ini ramai memberi sokongan dengan menonton filem tempatan di pawagam. Mengetengahkan genre komedi aksi, Abang Long Fadil 3 sekali lagi menampilkan Zizan Razak selain Johan, Datuk AC Mizal, Maya Karin, Elizabeth Tan, Joey dan Kazar. "Sekarang ini banyak filem di pawagam dan ramai yang memberi perhatian terhadap karya tempatan. Filem ini saya boleh katakan untuk anda nikmati dan rasa seronok kerana ia genre komedi. "Bukan mudah untuk gandingkan semua pelakon hebat, namun saya sentiasa mahukan yang terbaik dan mereka berjaya memberi kerjasama sangat bagus,” jelasnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI