suria

“Bayar dulu baru nikah” - Shahir tak tahu isu tak bayar hutang, sibuk urus majlis kahwin

Shahir dikatakan berhutang dengan individu dalam industri seni.

DALAM debaran menantikan bakal bergelar suami Jumaat ini, nama Shahir Zawawi terpalit dengan kontroversi apabila ada pihak membangkitkan soal kegagalan penyanyi itu menjelaskan hutang.

Dipercayai berhubung pembayaran berkaitan kerja-kerja dalam industri seni, seorang pengguna laman sosial mendedahkan perkara itu menerusi ruang komen sebuah portal berita yang memaparkan artikel mengenai penyanyi tersebut.

Menjawab dakwaan berkenaan, Shahir atau Ahmad Shahir Zawawi, 34, berkata, dia tidak tahu menahu mengenai perkara tersebut dan perlu menyemak semula komen dibuat individu berkenaan.

553

Shahir akan semak semula dakwaan dirinya berhutang.

"Saya tidak tahu tentang cerita tersebut. Sekarang ini sibuk menguruskan hal perkahwinan, jadi tak sempat nak ambil tahu.

"Saya kenalah semak dahulu apa yang diperkatakan sebab tidak tahu hujung pangkalnya," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Shahir Zawawi kini tunang orang, bakal tamatkan zaman bujang tahun ini

ARTIKEL BERKAITAN: Shahir Zawawi bakal tamat zaman bujang selepas 2 bulan kenal calon isteri... Rancang kahwin dalam masa terdekat

Menerusi ruangan komen di portal berita berkenaan, seorang individu yang juga pekerja industri hiburan mendakwa mengalami kerugian ekoran wang pembayaran tugas dalam sebuah acara gagal dilunaskan penyanyi tersebut.

Komen tersebut juga mendapat sokongan seorang lagi individu yang mendakwa perkara sama turut terjadi kepada beberapa syarikat pengurusan artis lain.

Saya kenalah semak dahulu apa yang diperkatakan sebab tidak tahu hujung pangkalnya

SHAHIR ZAWAWI

PENYANYI

"Bayar hutang dulu baru nikah. Aku yang hidup ni pun dia buat senyap sahaja. AF Megastar aku rugi dekat RM4,000. Duit aku sendiri tu," komen individu berkenaan.

Sementara itu, berkongsi mengenai pernikahannya dengan Jaskin Jaludin pada 2 September ini, Shahir memberitahu sedang sibuk melakukan persiapan namun ia membantu mengurangkan debaran bergelar suami.

Shahir sedia pikul tanggungjawab sebagai suami.

Shahir sedia pikul tanggungjawab sebagai suami.

"Memanglah ada rasa berdebar nak jadi suami, tetapi dalam beberapa hari ini saya sibuk menguruskan hal perkahwinan. Jadi kuranglah sikit perasaan takut itu. Lebih memikirkan soal persiapan majlis.

"Persiapan diri sendiri pula tidaklah 100 peratus kerana tugas sebagai seorang suami ini adalah satu proses yang akan berjalan terus. Banyak yang akan saya tempuh dan belajar selepas berkahwin nanti," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain