suria

Personaliti ceria Nasz Sally rupanya ada derita, alami penyakit saraf sampai tak boleh bergerak

Nasz alami sakit saraf teruk sehingga sukar bergerak.

PELAKON Nasz Sally terpaksa menerima rawatan di unit kecemasan sebuah pusat perubatan di Kelana Jaya pada Rabu lalu akibat sakit saraf.

Menurut Nasz atau Nazurah Hanoom Hanafie, 35, dia sudah lama menghidap sakit saraf dan keadaan menjadi semakin teruk sehingga menyebabkan bahagian lehernya sukar digerakkan.

"Saya masih belum okey. Sakit urat saraf ini dah lama, cuma kali ini ia menyerang sehingga tak boleh bergerak. Rasanya badan saya ni suruh berehat.

nasz 2

Nasz mahu selesaikan dahulu urusan kerja sebelum menerima rawatan.

"Kelmarin (Rabu) separuh hari saya berada di unit kecemasan untuk masukkan ubat tahan sakit pada bahagian saraf.

"Ini hanya untuk sementara sahaja sebelum saya lakukan pemeriksaan lanjut," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerja tanpa henti, doktor tahan Adam Lee di hospital kerana kepenatan

Menurut Nasz dia masih belum mendapatkan pemeriksaan lanjut berkaitan penyakit dihadapinya itu memandangkan sekarang masih sibuk dengan jadual penggambaran.

Menerusi perkongsian terbaharu di laman Instagram miliknya juga, Nasz memberitahu dia mendapatkan suntikan kedua kerana keadaan dirinya belum pulih sejak semalam.

Sakit urat saraf ini dah lama, cuma kali ini dia serang terus sehingga tak boleh bergerak. Rasanya badan saya ni suruh berehat.

NASZ SALLY

PELAKON

"Hari ini (Khamis) saya masih belum okey. Saya perlu dapatkan suntikan kedua.

"Sekarang ini masih lagi sibuk dengan penggambaran, jadi selepas selesai semua barulah saya akan berjumpa doktor untuk rawatan lanjut," jelasnya.

Nasz sebelum ini memaklumkan dia terjaga pada pukul 4 pagi Rabu dan menyedari mula terasa sakit sehingga sukar menggerakkan badannya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain