suria

[VIDEO] Gara-gara ‘content’ TikTok, Alif Hadi dituduh tinggal sebumbung dengan Yasmin Hani... perjelas video sekadar hiburan

Alif dan Yasmin dikatakan sudah berkahwin secara senyap.

HANYA kerana satu content di media sosial, pelakon Alif Hadi dituduh sudah berkahwin tanpa pengetahuan umum dengan aktres Yasmin Hani.

Bukan itu sahaja, ada juga melemparkan tuduhan kononnya pasangan itu kini tinggal sebumbung meskipun belum mempunyai sebarang ikatan yang sah.

Menjawab tuduhan berkenaan, Alif atau Muhammad Alif Abdul Hadi, 34, berkata, dia tidak dapat mengelak pemikiran negatif sesetengah pihak walaupun video yang dimuat naik sekadar hiburan.

alif hadi 2

Alif sedia memperisterikan Yasmin Hani.

"Komen yang diberikan itu sebenarnya mencerminkan diri seseorang. Kalau dia hanya melihat perkara negatif, maka buruklah ia.

"Video tersebut hanya sekadar hiburan. Jika orang lain boleh anggap ia menghiburkan, kenapa ada yang berfikiran negatif?," katanya kepada mStar.

Terdahulu, Alif memuat naik video memperlihatkan dia bersama anak Yasmin iaitu Eissa Elzander seolah-olah mereka tinggal bersama.

ARTIKEL BERKAITAN: Alif Hadi mengaku rapat dengan Yasmin Hani, mahu ambil hati anak-anak dahulu sebelum bercinta

ARTIKEL BERKAITAN: Yasmin Hani bercerai, janji kekal hubungan baik dengan bekas suami demi anak-anak

Dalam video tersebut memperlihatkan Alif ingin menutup pintu peti ais namun seperti disekat oleh sesuatu.

Namun apabila dia memandang ke bawah, rupa-rupanya Eissa berada di situ sebelum berlari sambil mengusap kepalanya.

"Bila kau dah terbiasa membujang," tulisnya pada bahagian kapsyen video itu.

Kalau saya hendak lawan segala komen pun tiada gunanya. Biarkan

ALIF HADI

PELAKON

Menerusi ruangan komen video berkenaan, netizen menasihati aktor itu agar tidak membuat content sedemikian kerana ia mengundang fitnah.

Enggan memanjangkan cerita, Alif menafikan tuduhan dibuat ke atas dirinya mahupun Yasmin.

Alif berkata, dia juga sedar segala tindakannya akan terus menjadi perhatian ramai dan pasti akan ada pihak beranggap buruk tentang mereka.

"Kalau saya hendak lawan segala komen pun tiada gunanya. Biarkan. Semua ini diluar kawalan kami. Buat apa sekali pun, ada sahaja yang tak kena," jelasnya.

alif hadi 3

Hubungan Alif dengan anak-anak Yasmin Hani juga semakin baik.

Alif turut menegaskan dia dan Yasmin masih belum berkahwin seperti didakwa dan tidak akan menyembunyikan perkara itu sekiranya mereka mengambil keputusan mendirikan rumah tangga kelak.

Kata Alif, dia juga sudah bersedia untuk memperisterikan Yasmin dalam masa terdekat.

"Jika segalanya dipermudahkan dan tiada sebarang halangan, saya sedia melangkah ke fasa perkahwinan. Tak elok juga sering keluar bersama kalau belum berkahwin.

"Syukur hubungan dengan anak-anak Yasmin pun semakin baik. Dalam hubungan kami ini, penerimaan anak-anak sangat penting," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain