INSIDEN membuang gula-gula getah daripada mulut ketika sedang membuat persembahan pentas baru-baru ini menyebabkan penyanyi Shila Amzah teruk dikecam netizen. Ramai beranggapan perbuatan itu kurang sopan apatah lagi dilakukan menerusi program siaran langsung. Meskipun sudah meminta maaf dan menjelaskan tindakannya itu tetapi nampaknya masih ada netizen mengecam Shila di media sosial. Tampil mempertahankan diri, Shila atau Nurshahila Amir Amzah berkata, dia sudah membuat sehabis baik untuk bersikap wajar meskipun tetap dikecam netizen. Shila sudah membuat sehabis baik untuk bersikap wajar walaupun dikecam Kata Shila, dirinya bukan 'punching bag' untuk dijadikan tempat maki hamun sesuka hati. "Saya tahu semua tertekan dengan kehidupan masing-masing tetapi kita semua bukan 'punching bag' untuk anda maki sesuka hati. ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Kurang sihat punca buat perangai sama atas pentas, Shila Amzah mohon maaf selepas dikecam buang gula-gula ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Sedia kahwin lagi! Shila Amzah cari lelaki ada matlamat, tak mahu kaya tapi masih harap duit ibu bapa "Pandang, ambil masa dan refleks. Sabarlah kalian semua, ini adalah pancaroba dunia. Semoga hari-hari kalian akan lebih baik di masa hadapan, Sha doakan," tulisnya menerusi hantaran di Instagram. Dalam pada itu, rata-rata pengikut penyanyi lagu Khilaf Asmara itu memintanya bersabar dan mengabaikan kata-kata negatif segelintir netizen terhadapnya. "Semoga hari-hari kalian akan lebih baik di masa hadapan, Sha doakan.” "Abaikan perkara negatif, kami sentiasa bersama Shila. "Setiap daripada kita mempunyai masalah kehidupan tersendiri, Allah menguji kita dengan cara berbeza. "Kita kena sabar dan cuba buat terbaik, Insya Allah akan peroleh kejayaan," tulis peminat. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI