suria

Isteri tak tahu suami seorang selebriti, pertama kali berbual Shahir Zawawi dah ajak pergi kursus kahwin!

Shahir dan Jaskin akan berbulan madu di Makkah.

ISTERI kepada Shahir Zawawi mendedahkan dia tidak pernah mengetahui atau mengenali suaminya itu merupakan seorang selebriti dan penyanyi.

Jaskin Jaludin, 30, berkata, dia hanya mengetahui latar belakang Shahir selepas mereka berkenalan sekitar Mei lalu dan tidak menyangka suaminya itu dikenali ramai.

"Pertama kali saya didekati Shahir, saya langsung tidak tahu dia merupakan seorang selebriti popular tetapi selepas hubungan kami semakin serius barulah saya tahu latar belakangnya.

"Terkejut juga apabila tahu suami seorang selebriti tetapi paling penting keserasian paling penting dalam sesebuah hubungan dan bukannya status," katanya kepada mStar.

WhatsApp Image 2022-09-02 at 9.29.17 PM

Dengan sekali lafaz, Shahir dan Jaskin bergelar suami-isteri.

Shahir, 34 dan Jaskin selamat disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz pada malam Jumaat lalu.

Penyanyi lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu turut menyerahkan RM300 sebagai mas kahwin manakala RM20,000 wang hantaran kepada Jaskin.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Shahir Zawawi sah bergelar suami Jaskin Jaludin dengan sekali lafaz, beri wang hantaran RM20,000

ARTIKEL BERKAITAN: Belum ‘settle’ isu tak bayar hutang, timbul pula tuduhan main santau... Shahir tampil cerita hal sebenar

Dalam pada itu, berkongsi tentang perkenalan mereka, Shahir mendedahkan dia mengenali Jaskin menerusi Instagram.

Menariknya, Shahir berkata, ketika pertama kali berbual menerusi telefon, dia mengajak Jaskin untuk menghadiri kurus perkahwinan dan wanita itu bersetuju.

Saya bukan hendak main-main dan serius mencari pasangan hidup... sebab itu saya mengajaknya hadir kursus perkahwinan.

SHAHIR ZAWAWI

PENYANYI

"Saya tertarik dengan Jaskin kerana nilai hatinya selain dia seorang yang lucu. Pertama kali berbual dalam telefon dengannya saya berasa selesa.

"Pada tahap ini juga, saya bukan hendak main-main serta serius mencari pasangan hidup dan sebab itu saya mengajaknya hadir kursus perkahwinan dan dia bersetuju," katanya.

Jelasnya lagi, meskipun hubungan yang terjalin dalam tempoh singkat namun mengambil keputusan untuk berkahwin kerana masing-masing sudah bersedia.

"Keputusan mendirikan rumah tangga kerana kami berdua memang sudah bersedia dan berniat untuk mencari pasangan apatah lagi usia semakin meningkat.

WhatsApp Image 2022-09-02 at 9.29.17 PM (1)

Pasangan ini berkenalan menerusi Instagram.

"Jujurnya, ahli keluarga pun sering bertanya bila saya hendak berkahwin sampaikan saya pernah terfikir untuk minta keluarga carikan calon isteri sebab kerap ditanya soalan sama," jelasnya.

Kata Shahir, Jaskin juga mengalami perkara sama dan pertemuan mereka seolah-olah sudah ditakdirkan untuk bersama sebagai suami-isteri.

Dalam perkembangan lain, Shahir berkata, mereka merancang untuk berbulan madu dengan melakukan ibadah Umrah pada penghujung tahun ini.

Kata Shahir, idea ke kota suci Makkah adalah hasrat Jaskin yang bernazar untuk membawa suami mengerjakan ibadah Umrah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain