suria

[VIDEO] Kurang sihat! Janna Nick terpaksa terima rawatan di Indonesia… “Datang Jakarta untuk ke hospital”

Janna kini sedang dirawat di salah sebuah hospital di Jakarta, Indonesia

KEADAAN kesihatan yang kurang baik menyebabkan pelakon Janna Nick terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Jakarta, Indonesia pada Isnin.

Berkongsi mengenai perkara itu di Instagram, Janna yang kini berada di negara berkenaan bagi urusan kerja memberitahu dia dibawa ke hospital berkenaan bagi mendapatkan rawatan.

"Datang Jakarta untuk ke hospital," tulis Janna pada ruangan kapsyen bersama rakaman video dia terbaring di katil hospital.

janna1

Sebelum ini Janna pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia menghidap penyakit bipolar

Pelakon filem Juang itu bagaimanapun tidak menyatakan penyakit dan rawatan yang diterima di hospital berkenaan.

Perkongsian Janna itu mengundang kebimbangan peminat dan rata-ratanya mendoakan agar dia cepat sembuh.

"Sedihlah tengok macam ni, semoga cepat sembuh okay. Get well soon Janna, hanya doa mengiringi dirimu di sana. Cepat balik Malaysia.

" Are you okay kakak? Semoga cepat sembuh!

"Semoga Janna dirahmati Allah SWT, diberikan kesembuhan, kekuatan, ketabahan, perlindungan. Dipermudahkan segala urusan berjalan lancar dengan sempurna dan selamat.

janna

Bakal muncul dalam filem Juang yang akan ditayangkan pada 8 September depan

Pada Sabtu lalu, Janna memaklumkan dia bakal ke Jakarta dan Singapura bagi menyelesaikan urusan kerja.

"KL - Jakarta - Singapura, semoga segala urusan dipermudahkan. Tolong doakan saya ya," tulisnya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain