suria

Sudah lebih matang berdepan kontroversi, Shahir Zawawi janji tak masuk ‘gua’ lagi

Shahir kini lebih matang berdepan kontroversi.

JIKA sebelum ini Shahir Zawawi cukup gemar menghilangkan diri setiap kali berdepan dengan kontroversi namun kini penyanyi itu berjanji tidak akan mengulang perkara sama.

Shahir atau Ahmad Shahir Zawawi, 34, berkata, pengalaman berdepan dengan pelbagai masalah dan kontroversi membuatkan dirinya lebih matang dan bijak menyelesaikan masalah.

"Dahulu apabila melalui pelbagai dugaan memang akan buat saya berasa down. Sebelum ini saya lebih senang mengambil langkah masuk 'gua'.

shahir 1

Shahir baru sahaja bernikah dengan wanita pilihannya, Jaskin.

"Sekarang apabila Allah beri ujian ia bagaikan alah bisa tegal biasa. Sedangkan Rasulullah SAW pun diberikan ujian, inikan pula saya sebagai manusia pendosa.

"Apa yang datang selepas ini saya kena terima. Insya-Allah selepas ini saya tak masuk 'gua' lagi," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bayar dulu baru nikah” - Shahir tak tahu isu tak bayar hutang, sibuk urus majlis kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Shahir Zawawi sah bergelar suami Jaskin Jaludin dengan sekali lafaz, beri wang hantaran RM20,000

Sebelum ini, beberapa hari sebelum melangsungkan pernikahan dengan Jaskin Jaludin, nama Shahir sekali lagi terpalit kontroversi apabila dia didakwa gagal melunaskan bayaran kepada individu yang pernah bekerjasama dengannya beberapa tahun lalu.

Mengulas mengenai perkara itu, Shahir bersedia berbincang empat mata dengan individu tersebut bagi menyelesaikan segala isu di antara mereka.

Apa yang datang saya kena terima. Insya Allah selepas ini tak masuk ‘gua’ lagi

SHAHIR ZAWAWI

PENYANYI

"Buat masa ini saya belum dihubungi pihak berkenaan. Saya tidak mahu bermusuh dan jika ada ruang dan peluang eloklah berbincang.

“Kalau ambil tindakan undang-undang bagi menyelesaikan amaun yang kecil, ia tidak berbaloi,” jelasnya.

Sementara itu, Shahir mengakui dia bukan seorang yang mampu melakukan pelbagai tugas dalam satu masa dan sekiranya timbul masalah ia akan menggangu fokusnya.

shahir 2

Seorang penggiat dalam industri seni dakwa Shahir belum jelaskan hutang.

"Saya ini bukanlah seorang multi tasking. Sekarang ini saya mahu fokus kepada kerjaya dan tidak mahu benda lain menggangu tumpuan.

"Biarkanlah saya kembangkan kerjaya sekarang ini," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain