suria

Sudah tiada pilihan lain, Erma Fatima dedah kena ‘sidai’ 2 tahun tunggu bayaran stesen TV

Erma Fatima menyelar stesen televisyen yang masih tidak melunaskan bayaran kepadanya.

PELAKON dan pengarah Erma Fatima terpaksa menggunakan medium media sosial bagi mendapat perhatian sebuah stesen televisyen yang didakwa enggan membuat membayar sebuah program syarikat produksinya.

Erma, 54, berkata, dia sudah menahan sabar sejak dua tahun lalu malah program terbitan syarikatnya juga sudah dua kali ditayangkan di stesen berkenaan namun masih belum menerima sebarang bayaran.

"Orang buka stesen TV, kita pun nak buka tapi kalau kita tak hargai produser pun susah juga.

ermaa

Sudah dua tahun namun masih lagi tidak menerima bayaran daripada stesen televisyen.

"Kita perlukan antara satu sama lain. Jangan buat produser macam anjing minta makan dekat tuan!," katanya menerusi Instagram.

Dalam pada itu, Erma berkata, akauntan stesen televisyen tersebut sering memberi pelbagai alasan termasuk menyemak status sepanjang dua tahun dia cuba mendapatkan bayaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Erma Fatima minta netizen jangan hipokrit! Perkara buruk cepat viral, yang baik susah nak ‘share

ARTIKEL BERKAITAN: Rupa-rupanya dari awal Erma Fatima tak senang babak panas Zul Ariffin... Umie Aida dedah cerita sebenar

Erma turut mempertikaikan budaya stesen berkenaan yang dilihat sengaja menangguhkan pembayaran kepada syarikat produksi.

"Saya dah jalankan tanggungjawab saya, takkan ini budaya stesen televisyen itu? Tangguhkan selagi boleh bayaran produser. Kami bukan jutawan.

"Kami perlu duit untuk teruskan perjuangan seni kami. Takut tak termampu menanggung hukum Allah nanti,” katanya lagi.

Erma turut memberitahu bukan caranya untuk menjadikan media sosial sebagai tempat meminta bayaran namun dia tidak mempunyai pilihan lain.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain