PERSONALITI media sosial iaitu Intan Liana Salleh selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di ibu negara pada Sabtu lalu. Intan menerusi Instagram memaklumkan bayi yang digelar sebagai Baby A itu dilahirkan pada pukul 3.34 petang dalam keadaan sihat. Tidak hanya memaklumkan khabar gembira berkenaan, Intan turut mengucapkan terima kasih kepada semua pengikut yang mendoakan dirinya sepanjang kehamilan dan melahirkan bayinya. Intan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan dirinya Malah Intan turut menitipkan doa buat ibu hamil yang sedang menunggu hari untuk melahirkan agar segala urusan mereka dipermudahkan. ARTIKEL BERKAITAN: Intan Terima Talak Satu, Ude Milik Izreen Sepenuhnya ARTIKEL BERKAITAN: “Dah banyak kali tegur tak faham bahasa” - Nasihat Ude buat bekas isteri Kegembiraan pasangan suami isteri ini turut dikongsi bersama pengikutnya di media sosial yang rata-ratanya mengucapkan tahniah atas kelahiran putera ketiga Intan Salleh. “Alhamdulillah tahniah! Syukur Alhamdulillah.. Selamat berpantang.” Tahniah bonda dan keluarga. Semoga bonda dan Baby A sihat selalu," komen pengikutnya. Intan bersama suami, Arish dan Ariq Muqri Intan sebelum ini merupakan bekas isteri kepada pemuzik Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude Wahid. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri dan Ariq Muqri. Intan kembali bertemu jodoh dengan Aizam Yahya pada 20 Disember 2021. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI