SEBELUM ini pelakon sensasi Nora Danish pernah 'terkantoi' apabila menyunting gambarnya secara keterlaluan bagi memperlihatkan perut yang lebih langsing untuk dipaparkan di Instagram. Terbaharu, Nora sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila foto bersama suami, Nedim Nazri bagi mempromosikan sebuah produk wangian berjenama pula dikatakan telah disunting. Menerusi foto yang dimuat naik di Instagram itu, netizen mengesan bentuk tubuh Nora yang kelihatan melentik meskipun mengenakan gaun panjang berwarna hitam. Netizen mendakwa, Nora telah membuat suntingan pada bahagian pinggang bagi memberikan ilusi lebih ramping apatah lagi pelakon itu berdiri membelakangi kamera. Imej Nora sering mendapat perhatian netizen. Tidak hanya itu, ada mendakwa Nora telah memadam hantaran awal dan menggantikan dengan foto yang telah disunting. "Aik? Kantoi edit badan bagi nampak curve dan kurus selepas itu repost balik ke? ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Mula rasai perubahan akibat anxiety, Nora Danish jadi takut naik pesawat ARTIKEL BERKAITAN: Penampilan seksi dikritik... Nora Danish anggap netizen ada hak bersuara, lebih peka tentang pemilihan pakaian "Pintu tak senget dah? Kecilnya pinggang, cemburu!," tulis netizen di ruangan komen gambar tersebut. Pun begitu, pengikut setia Nora tetap memuji tubuhnya yang kelihatan lentik dan menjadi idaman setiap wanita. Apatah lagi Nora yang kini berusia 40 tahun dan mempunyai dua cahaya mata iaitu Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 12 dan Mohamed Neqal Nedim, 4 tahun. "Puas hati, lentik badan. Badan idaman ramai ni," tulis pengikutnya yang lain. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI