PENCARIAN Dewi Remaja 2022 melabuhkan tirai apabila peserta dari Sabah iaitu Tracie Sinidol diumumkan sebagai juara pertandingan itu yang diadakan pada malam Sabtu. Kemenangan itu sekaligus menewaskan empat finalis peringkat akhir iaitu Siti Nur Aishah Bee Md Noor, Kimberly Chuah dan Noor Alyssa Ahmad Azim. Tracie yang pernah tular selepas dikatakan mempunyai wajah mirip pelakon Mira Filzah membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000, sebuah trofi dan mahkota. Tracie bersama hadiah kemenangannya. Manakala Siti Nur Aishah yang mendapat tempat kedua membawa pulang wang tunai RM7,000 berserta trofi dan Kimberly di kedudukan ketiga mendapat RM5,000 berserta trofi. Selain gelaran Dewi Remaja 2022, Tracie juga memenangi kategori Dewi Kegemaran manakala Dewi Inspirasi disandang oleh Keeranjit Kaur Darjit Singh. ARTIKEL BERKAITAN: Diversiti kunci pemilihan peserta, guru tadika dan selebriti TikTok antara 16 finalis Dewi Remaja 2022 ARTIKEL BERKAITAN: Pening! Dalam 5 tahun 3 kali tukar kerajaan, netizen tak salahkan peserta Dewi Remaja 2022 gagal jawab soalan politik Pertandingan peringkat akhir itu diadakan di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil dan turut disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria. Kesemua peserta diadali oleh barisan juri terdiri daripada Datuk Aznil Nawawi, Didie Alias dan Izara Aishah.