PELAKON Ikmal Amry berdepan detis cemas apabila kenderaan miliknya terlibat dalam nahas jalan raya pada petang Sabtu. Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, kenderaan berwarna merah yang dipandu Ikmal terbabas sebelum terbalik di Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) menuju ke Melaka kira-kira pukul 2.30 petang. Ketika kejadian, pelakon drama Ex Aku Pontianak ini bersama isteri, Najla Shamsul serta anak perempuan mereka, Cailie yang kini berusia sembilan bulan. Isteri dan bayi perempuan Ikmal selamat. Ikmal atau Mohd Zulikmal Amry Ghazali, 28, turut berkongsi foto isteri dan anak yang terselamat dan berteduh di bawah payung di kawasan selamat di tepi lebuh raya sementara menanti bantuan tiba. ARTIKEL BERKAITAN: Doktor risau anak dijangkiti Covid-19, luluh hati Iqbal Zulkefli saat Ziyad buat ‘swab test’ Sementara itu, menerusi hantaran di Instagram, Ikmal memberitahu kejadian itu merupakan mimpi ngeri yang tidak sanggup dihadapi tetapi akhirnya terjadi. Menganggap kejadian itu sukar ditelan, namun ia pengalaman yang menjadi pengajaran. "Alhamdulillah kami sekeluarga selamat. Allah masih bagi peluang. Alhamdulillah," tulisnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI