suria

“Ingatkan Segambut sahaja banjir” - Alif Satar kongsi jalan dinaiki air ketika bercuti di Exeter, England

Alif berkongsi mengenai keadaan jalan raya yang dinaiki air di Exeter, England.

HUJAN lebat mungkin perkara biasa di Malaysia namun di sesetengah negara seperti di Eropah ia perkara yang jarang berlaku apatah lagi banjir.

Namun sejak akhir-akhir ini, pelbagai negara seperti Korea Selatan, Pakistan mengalami cuaca tidak menentu selain hujan lebat berterusan sehingga menyebabkan banjir kilat.

Bagi penyanyi dan pelakon Alif Satar, 32, yang kini sedang bercuti di Exeter, England turut berkongsi keadaan banjir yang berlaku di bandar tersebut.

10

Alif Satar bercuti bersama keluarga di Exeter, England.

Menerusi Instagram, Alif yang sedang memandu dalam keadaan hujan menunjukkan jalan raya di sekitar Exeter dinaiki air.

"Ingatkan Segambut sahaja banjir, Exeter pun banjir!

ARTIKEL BERKAITAN: Alif Satar puas hati drama ‘Risik Pada Hati’ jadi sebutan penonton, terhibur ramai guna sound video di TikTok

ARTIKEL BERKAITAN: Doa Alif Satar depan Kaabah termakbul, dapat hantar ibu bapa tunaikan haji tahun ini

"Banjir di kampung halaman. Bukan sahaja di Kuala Lumpur tetapi banjir di tengah-tengah kota Exeter," katanya dalam video yang dimuat naik di Instagram Story.

Sementara itu, bersempena cuti sekolah, Alif turut mengambil kesempatan tersebut untuk membawa isteri, Sha Dila Halid dan anak-anak bercuti ke England.

Alif turut berkongsi kegembiraan tiga anaknya iaitu Alisha Anugerah, 7, Ariana Mecca, 5 dan Muhammad Ali, 3, bercuti di Exeter yang juga disifatkan sebagai 'kampung' halamannya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain