suria

Muktamad! Tiada lagi cinta untuk Vida, Iqbal janji hubungan baik sekadar kawan

Hubungan rapat Iqbal dan Vida hanya sebagai kawan.

KISAH cinta yang tidak kesampaian di antara usahawan kontroversi, Datuk Seri Vida dan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli sentiasa menarik perhatian ramai.

Meskipun telah berpisah namun pertemuan semula Iqbal dan Vida nampaknya kembali menjadi buah mulut orang apabila mereka sering dilihat menghabiskan masa bersama sejak kebelakangan ini.

Terbaharu Iqbal menjelaskan dia dan Vida sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan istimewa meskipun hubungan mereka dilihat kembali akrab.

Iqbal tidak mahu buang masa, buka peluang kepada wanita lain.

Iqbal janji hubungannya dengan Vida hanya sekadar kawan.

"Tidak putus-putus orang bertanya hubungan saya dengan Datuk Vida. Di sini saya nak jelaskan, tiada apa-apa hubungan lagi antara saya dengannya.

"Tidak bergaduh tetapi saya tak boleh teruskan lagi. Ini keputusan muktamad untuk hidup saya," katanya menerusi Facebook miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor risau anak dijangkiti Covid-19, luluh hati Iqbal Zulkefli saat Ziyad buat ‘swab test’

ARTIKEL BERKAITAN: Vida berdebar jumpa Iqbal di set penggambaran, terpaksa jadi profesional... Sempat tanya soalan panas ‘belum kahwin tunggu siapa?’

Iqbal turut turut berjanji bahawa hubungannya dengan Vida tidak lebih daripada sekadar kawan biasa dan berharap segala kontroversi melibatkan mereka segera berakhir.

"Ini janji saya kepada semua, tidak akan ada lagi hubungan yang lebih selain kawan biasa. Saya tidak mahu bazirkan masa saya," jelasnya.

Saya tidak boleh teruskan lagi. Ini keputusan muktamat saya.

AHMAD IQBAL ZULKEFLI

USAHAWAN

Dalam perkongsian itu juga, Iqbal turut membuka peluang mana-mana wanita yang ingin berkenalan dengannya.

Bagaimanapun jelas Iqbal, dia tidak terburu-buru untuk menamatkan zaman bujangnya.

"Mana-mana wanita, jangan segan untuk dekati saya. Jangan takut, saya bukan jenis memandang harta benda, seadanya saya sekarang sudah mencukupi.

Iqbal sedia didekati mana-mana wanita.

"Cukup orang yang memahami, bertolak ansur dan saling menghormati. Kita berkenalan sahaja dulu. Tak perlu tergesa-gesa," katanya.

Iqbal turut mengharapkan doa-doa pengikutnya agar ditemukan jodoh yang tepat suatu hari nanti.

“Tolong doakan, Allah temukan saya dengan orang yang tepat,” tambahnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain