suria

Timang cahaya mata kedua, Tasha Shilla dan suami sepakat pilih nama Nyla Kaadira 

Tasha Shila dan suami timang anak kedua pada Isnin.

PELAKON Tasha Shilla dan suami memilih nama Nyla Kaadira Muhammad Atiq untuk anak keduanya yang dilahirkan pada pagi Isnin.

Muhammad Atiq menerusi Instagram memberitahu dia dan isteri sepakat memilih nama tersebut untuk puteri tersayang mereka dan memohon doa agar anak keduanya itu menjadi anak yang solehah.

"Saya memohon dengan keberkatan, agar kalian semua tolong doakan dia agar menjadi anak yang solehah, penyejuk mata hati ibu dan ayahnya.

Tasha Shila ketika sarat mengandung

"Beri dia ilmu yang bermanfaat, kuatkan iman dan aqidahnya, rezeki yang luas dah halal," katanya menerusi hantaran di Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak sulung asyik hisap ibu jari kaki, tak sangka pula petanda dapat adik! Tasha Shilla hamil anak kedua

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah, Tasha Shilla kini bergelar ibu, selamat bersalin anak lelaki

Terdahulu, Tasha selamat melahirkan Nyla seberat 3.19 kilogram melalui kaedah pembedahan sekitar pukul 10.37 pagi di sebuah pusat perubatan di ibu negara.

Muhammad Atiq memaklumkan proses pembedahan memakan masa 45 minit dan dia turut berada dalam dewan bersalin bagi menemani isteri dan menyambut kelahiran anaknya itu.

Pasangan itu berkahwin pada 28 Februari 2020 dan dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Reez Zander yang kini berusia setahun lima bulan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain