PROGRAM realiti Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) menyaksikan penyertaan beberapa artis hebat tanah air seperti Jaclyn Victor, Tomok, Shila Amzah berentap bagi merebut gelaran juara. Bakal memberi saingan hebat pada musim kali ini termasuklah Dina Nazir, Bob Yusof, Pat Candy, Asheed (Def Gab-C) dan Hasrul Nizam. Tidak ketinggalan, Roy Kapilla, Tom MYstar, Aida Hassan termasuk Fuad Rahman dari Singapura dan kumpulan VE. Senarai itu diumumkan oleh pihak Astro menerusi sidang media yang diadakan di Menara Kuala Lumpur pada malam Selasa. Dalam pada itu, Gegar Vaganza musim kali ini masih mengekalkan tiga juri tetap iaitu Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang. Bagaimanapun Jihan Muse tidak akan kembali sebagai hos bersama Nabil Ahmad ekoran baharu sahaja bersalin bayi keduanya pada Selasa. ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Puteri Balqis disiasat dakwaan cabul, polis mula bertindak... “Mangsa sering dipertontonkan dengan video lucah” ARTIKEL BERKAITAN: Video temu bual tular, Nad Zainal terganggu ramai buat spekulasi punca cerai... “Please stop! Let's move on” Penggantinya bakal diumumkan pada konsert minggu pertama GV9 yang bakal berlangsung pada 18 September ini. GV9 akan diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan turut disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104), Ria HD (123) pada setiap Ahad, 9 malam. Untuk rekod, musim pertama Gegar Vaganza dimenangi oleh Ayai (Ilusi) diikuti Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu dan Hady Mirza (GV6), Cliff Umar (GV8) dan Aliff Aziz (GV9). Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI