suria

Cinta Nafiez Zaidi dan Fify Azmi berputik di lokasi ‘Ada Hantu 2’, Hairul Azreen ‘kenen’ sampai jadi!

Percintaan Nafiez dan Fify bermula ketika sama-sama berlakon dalam filem Ada Hantu 2.

UMUM mengetahui pasangan pelakon Nafiez Zaidi dan Fify Azmi sedang hangat bercinta malah mereka sudah bercadang untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun hadapan.

Menyingkap detik perkenalan mereka, Nafiez mendedahkan mereka sudah saling mengenali namun bibit-bibit percintaan timbul ketika sama-sama terlibat dalam filem arahan Hairul Azreen berjudul Ada Hantu 2.

Nafiez berkata, semuanya terjadi apabila mereka 'dikenenkan' oleh krew produksi dan tanpa diduga masing-masing mula menaruh harapan.

"Sebenarnya sewaktu penggambaran filem Ada Hantu 2, cinta di antara kami mula berputik.

fify1

Antara barisan pelakon Ada Hantu 2. Dari kiri: Elvina Chua, Zahiril Adzim, Hairul Azreen, Shiqin Kamal dan Nafiez

"Kami memang sudah saling mengenali dan apabila kru produks memberitahu bahawa Fify turut berlakon sama, saya hanya berlagak biasa.

"Tetapi yang mengeratkan lagi hubungan kami berdua adalah pelakon-pelakon dalam filem itu sendiri seperti Hairul, Zahiril, Shiqin yang selalu mengusik kami dan cuba mendekatkan kami," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas kebas duit, PA tuduh Fify Azmi ambil barang terlarang sebelum berlakon... Teman lelaki anggap tak masuk akal!

ARTIKEL BERKAITAN: Fify Azmi sudah lantik peguam, minta bekas PA henti cerita buruk... Desak pulangkan duit segera

Dalam pada itu, Nafiez tidak melihat percintaan mereka sebagai 'cinta lokasi' kerana tidak mempunyai sebarang babak bersama dalam filem tersebut.

Pada awalnya kata Nafiez, dia tidak mengambil pusing dengan usikan rakan-rakan di lokasi tetapi apabila melihat reaksi 'lampu hijau' daripada Fify dia mula memberanikan diri mendekati lebih rapat aktres tersebut.

Kalau nak kata cinta lokasi rasanya tak juga kerana kami tiada babak bersama dalam filem itu.

NAFIEZ ZAIDI

PELAKON

"Kalau nak kata cinta lokasi rasanya tak juga kerana kami tiada babak bersama dalam filem itu. Ia berlaku secara spontan dek kerana usikan kawan-kawan.

"Pada awalnya saya tiada rasa apa-apa kerana niat saya adalah untuk melunaskan tanggungjawab sebagai pelakon, bekerja dan mencari rezeki.

"Tapi apabila 'jalannya' sudah dibuka dan seakan-akan dapat lampu hijau, saya mula mendekatkan diri dan mengenali lebih rapat dengannya sebelum kami bersetuju untuk membawa hubungan ini ke fasa seterusnya," katanya.

fify

Nafiez dan Fify Azmi rancang untuk berkahwin pada tahun depan.

Berkongsi mengenai perancangan berkahwin pada tahun hadapan, Nafiez bagaimanapun memberitahu masih belum menetapkan sebarang tarikh untuk disatukan sebagai suami-isteri.

Ketika ini katanya, masing-masing sedang sibuk dengan karier lakonan namun berharap dapat menghalalkan hubungan itu dalam masa terdekat.

"Kalau boleh memang nak kahwin cepat apatah lagi umur 30 tahun, bukan masanya lagi nak bercinta lama-lama.

"Apa yang boleh saya katakan perancangan itu memang ada, doa-doakanlah agar urusan kami dipermudahkan," ujarnya.

Pada Jun lalu, Nafiez telah menghantar rombongan merisik ke rumah keluarga Fify di Subang Jaya di mana pihak keluarganya menyerahkan gelang tangan dan rantai di dalam kotak hitam sebagai simbolik ikatan perhubungan mereka.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain