suria

Kos RM20 juta, ‘Malbatt Misi Bakara’ jadi filem termahal Malaysia

Malbatt Misi Bakara menjadi filem termahal dalam sejarah pembikinan di Malaysia

FILEM Malbatt Misi Bakara bakal menjadi produksi termahal dalam sejarah pembikinan di Malaysia dengan menelan belanja sebanyak RM20 juta.

Menurut pengarah filem ini iaitu Adrian Teh disebalik kegembiraan menerima dana besar dari pelabur, ia juga memberi satu tekanan besar buatnya.

“Semestinya ia satu tekanan buat saya kerana menerima sejumlah wang sebesar itu untuk proses penghasilan.

“Bagaimanapun bagi saya untuk menghasilkan sebuah karya yang bagus memang memerlukan dana tinggi,” katanya kepada mStar.

Adrian berkata demikian ketika sidang media dan pelancaran filem tersebut yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Bercakap tentang perbelanjaan produksi, kata Adrian hampir 70 peratus wang tersebut diperuntukan untuk membangunkan semula set kelengkapan tentera selain menjalani lokasi penggambaran di luar negara.

b

Dijangka bakal ditayangkan di pawagam sempena sambutan bulan kemerdekaan tahun hadapan.

“Filem ini menceritakan tentang misi batalion askar Melayu yang berjuang mengikuti misi Malbatt di Somalia ketika perang tahun 1993. Jadi bukan mudah untuk bangunkan semula set kelengkapan tentera.

“Dalam masa sama, uniform yang dipakai oleh pelakon juga ditempah di Indonesia kerana ia tidak lagi dipakai oleh anggota tentera sekarang dan saya tidak boleh sewa,” jelasnya.

Filem tersebut merupakan terbitan bersama enam syarikat iaitu bersama enam syarikat penerbitan gergasi iaitu Berjaya Pictures, Act 2 Pictures, Fast Bikes, Aurum Investments Limited, Golden Screen Cinemas dan Astro Shaw.

Ia dijangka bakal ditayangkan di pawagam sempena sambutan bulan kemerdekaan tahun hadapan.

Meletakkan harapan tinggi untuk kejayaan filem ini, Adrian memberitahu karya yang dihasilkan juga memaparkan kisah benar dan ia pernah menjadi antara sejarah pencapaian terbaik Angkatan Tentera Malaysia.

Filem ini menjalani penggambaran di tiga lokasi utama iaitu Turkiye, Johor dan Lembah Klang.

“Selama ini orang tengok filem Black Hawk Down namun tidak tahu kisah sebenar bahawa tentera Malaysia adalah wira penting yang menyelamatkan tentera Amerika Syarikat ketika perang.

“Ini adalah peluang saya untuk sampaikan kisah sebenar kepada orang ramai dan mungkin ia menjadi satu kebanggan Malaysia,” ujarnya.

Barisan pelakon yang terlibat adalah Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Bront Palarae, Zahiril Adzim, Hairul Azreen, Iedil Dzuhrie, Syazwan Zulkifly, Shaheizy Sam, Nafiez Zaidi, Dafi Ismail Sabri, Taufiq Hanafi, Ikhram Juhari, Safwan Nazri, Gambit Saifullah dan Theebaan G.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain