PESANAN terakhir Allahyarham Aman Shah kepada anak sulungnya iaitu Hadzly akan terus dikenang dan menjadi amanat yang perlu dipegang sepanjang hayat. Menurut Hadzly, 43, sejak kecil hubungannya dengan bapa agak renggang, namun ia kembali terjalin erat selepas dia mengambil keputusan tinggal berdekatan di Kuala Lumpur. "Sebenarnya saya tidak rapat dengan arwah ketika kecil kerana dibesarkan oleh arwah nenek. "Selepas bekerja dan menetap di Kuala Lumpur barulah hubungan kami akrab dan dia selalu ajak bercuti sama jika ada masa lapang. Jenazah arwah Aman Shah dikebumikan pada malam Rabu. "Kali terakhir pesanan arwah kepada saya adalah untuk menjaga baik semua anak-anak. Itu adalah amanat yang akan sentiasa saya pegang," katanya kepada mStar. Hadzly ditemui semasa pengebumian arwah bapanya itu yang diadakan di Masjid Al- Mukhlisin, Alam Damai, Cheras, Selangor pada petang Rabu. ARTIKEL BERKAITAN: Aman Shah meninggal dunia akibat serangan jantung ARTIKEL BERKAITAN: M Daud Kilau stabil dan semakin pulih, ungkapan ‘Inallillah’ punca salah faham dikatakan sudah meninggal dunia Dalam pada itu, Hadzly menyifatkan lagu popular nyanyian arwah berjudul Kepulangan Yang Di Nanti terlalu istimewa dan dekat dengan dirinya. "Lagu tersebut sebenarnya menceritakan tentang kisah anak-anaknya. Syukur selepas kembali rapat kami tidak pernah lepas peluang untuk kembali sambut raya bersama," jelasnya. Hadzly merupakan anak sulung Aman hasil perkahwinan pertama dengan bekas isteri iaitu Rohani Nik. Lagu tersebut sebenarnya menceritakan tentang kisah anak-anaknya. Syukur selepas kembali rapat kami tidak pernah lepas peluang untuk kembali sambut raya bersama HADZLY AMAN SHAH Sementara itu, seorang lagi anak arwah iaitu Zalelo berkongsi detik pertemuan terakhir bersama bapa ketika majlis pertunangannya yang diadakan di Singapura. Zazelo yang juga merupakan penyanyi di negara berkenaan mengakui terkejut apabila mengetahui berita pemergian bapa tercinta. Kata Zalelo atau nama sebenar Afrah Athasha, 23, dia berharap agar dapat mencipta lebih banyak kenangan bersama arwah. Zalelo sempat bertemu arwah bapa ketika majlis pertunangannya minggu lalu. "Baru dapat jumpa ayah. Dia datang ke Singapura ketika saya bertunang. Tak sangka dia meninggal dunia secepat ini. "Saya berharap dapat mencipta lebih banyak kenangan bersama jika arwah masih dipanjangkan usia," katanya. Zalelo merupakan anak Aman hasil perkongsian hidup bersama bekas isterinya Farah Diba Abdul Aziz. Aman pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali dan mempunyai enam orang anak hasil semua perkahwinan. Aman Shah menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara akibat serangan jantung pada pukul 2.20 petang, Rabu. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI