suria

Sakan menari! Netizen ‘sakit mata’ tengok Mia Sara, tegur baju ketat tak sesuai wanita berhijab

Netizen kurang senang penampilan baharu Mia Sara.

PELAKON Mia Sara terus menjadi perbualan netizen di media sosial, kali ini tular pula video terbaharu memperlihatkan gadis berusia 17 tahun ini menari sakan di aplikasi TikTok.

Dalam video yang dikongsikan oleh seorang pengguna itu, Mia yang mengenakan baju berwarna kelabu dan memakai selendang hitam dilihat seronok menari bersama rakannya.

Selain tarian lincah, pemakaian Mia atau nama sebenarnya Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan turut menjadi perbualan apabila dikatakan kurang sesuai digayakan kerana terlihat ketat sehingga mengikut bentuk tubuh.

Penampilan Mia Sara dikritik netizen.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang dengan tindakannya itu, sekaligus menyifatkan pelakon remaja itu semakin berani dalam berfesyen.

"Ayat makan tuan, Mia makin tunjuk taring.

"Nanti ada la keluar statement yang mungkin ini ujian tuhan. Ni bukan Mia Sara!

ARTIKEL BERKAITAN: Pakai tudung hitam dan eyeliner ‘auto’ jadi macam Mia Sara? Netizen kecam sampai trending di Twitter

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Balqis ‘sound’ Mia Sara - “Pakai tudung bukan laluan percuma mengutuk orang”

"Manusiakan berubah, Mia terpengaruh rakan sebaya la tu," tulis netizen.

Video yang baru dimuat naik pada malam Selasa itu menerima lebih 800,000 tontonan.

Pada Ogos lalu, Mia menerima teguran daripada peminat yang kurang senang dengan perubahan penampilan aktres itu.

Malah, ada netizen mempersoalkan mengenai hijab yang dipakai Mia kerana dikatakan semakin singkat berbanding sebelum ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain