suria

Zee Avi dedah hilang pendengaran sejak setahun lalu, kini terpaksa guna ‘hearing aid’

Zee Avi mendedahkan kehilangan deria pendengaran sejak setahun lalu.

PENYANYI Zee Avi mendedahkan mengalami masalah pendengaran sejak setahun lalu yang menyebabkan produktiviti dirinya sebagai anak seni terjejas.

Zee atau Izyan Alirahman, 37, berkata, dia terpaksa menerima hakikat sekiranya ada menggelarnya sebagai pekak selepas disahkan mengalami masalah pendengaran.

"Kalau orang panggil pekak, hendak buat macam mana tetapi perkataan pekak itu sebenarnya agak sensitif untuk kebanyakan orang sebab masalah pendengaran ini ada banyak tahap.

"Aap yang saya alami sekarang adalah hilang pendengaran tetapi untuk orang pekak mereka memang dilahirkan sebegitu.

Zee 2

Zee kini menggunakan alat bantuan pendengaran.

"Jadi saya dalam kategori hilang pendengaran. Apabila tak jaga kesihatan pendengaran, macam itulah jadinya," katanya.

Perkara itu dikongsi Zee ketika hadir pada Exclusive Screening Hour With The Stars yang dianjurkan oleh Global Hearing Care Malaysia pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Siku 12: Langkah Derhaka’ ketengah seni persilatan tua Melayu, penerbit yakin dapat tarik penonton ke pawagam

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada rundingan luar mahkamah, 32 ahli Prism saman Prism Berhad tuntut wang royalti

Dalam pada itu, Zee memberitahu akibat masalah itu dia berdepan masalah komunikasi terutamanya ketika berbual bersama rakan-rakan.

Penyanyi lagu Kantoi ini menjelaskan dia juga berasa segan apabila terpaksa meminta mereka menguatkan suara apabila bercakap dengannya dan ia situasi sukar buatnya.

"Kawan-kawan cakap lemah lembut tapi apabila terpaksa minta mereka cakap lebih kuat, saya pula rasa bersalah.

Celik sahaja mata, saya akan terus pakai sebab kalau tidak mengenakannya di telinga, pendengaran saya jadi lemah.

ZEE AVI

PENYANYI

"Mereka seperti menjerit kalau bercakap dengan saya dan saya tidak mahu lakukan itu kepada kawan-kawan," ujarnya.

Akibat masalah dialaminya, Zee memberitahu dia kini menggunakan hearing aid (alat bantuan pendengaran) pada kedua-dua belah telinganya selama 13 jam setiap hari.

Kata Zee, selepas membuat ujian pendengaran dan konsultasi audiologis di Global Hearing Care Centre (GHCC), dia akhirnya bersetuju untuk menggunakan alat bantuan pendengaran.

Alat tersebut dapat membantunya mendengar dengan lebih baik dan memperlahankan risiko kehilangan pendengaran secara kekal.

1382663

Zee sentiasa mendapat sokongan daripada suami, Kenji Matano.

"GHCC menawarkan servis alat bantu pendengaran, ujian pendengaran bagi bayi dan dewasa, serta konsultasi masalah pendengaran selain menjadi pengedar beberapa jenama terkemuka Alat Bantu Pendengaran seperti Bernafon, Oticon, Phonak & Widex.

"Sekarang setiap hari selama 13 jam saya perlu pakai alat bantuan pendengaran ini melainkan ketika tidur. Celik sahaja mata, saya akan terus pakai sebab kalau tidak mengenakannya di telinga, pendengaran saya jadi lemah.

"Kalau saya tak gunakan alat ini, saya cenderung untuk menguatkan lagi bunyi dan keadaan saya boleh menjadi lebih parah," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain