suria

Shuk Sahar kongsi foto tunai umrah tapi komen Fara Salleh pula jadi perhatian... netizen doa ‘semoga cepat berjodohan’

Shuk Sahar kini sedang melakukan ibadah umrah di tanah suci.

UMUM mengetahui pelawak dan pengacara Shuk kini berada di Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah umrah.

Menerusi satu hantaran di laman Instagram, Shuk memuat naik foto dirinya berada di Masjid Nabawi meluahkan rasa syukur kerana berpeluang menjejakkan kaki ke sana.

"Alhamdulillah aku sampai. Doakan aku dapat lupakan sekejap urusan dunia yang tak akan pernah habis, Ya Allah," tulisnya pada ruangan kapsyen.

Perkongsian Shuk itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen dan lebih menarik perhatian apabila wanita yang dikaitkan dengan kontroversi rumah tangganya iaitu Fara Salleh turut meninggalkan komen.

"Alhamdulillah finally," tulis Fara disertakan dengan komen balas terima kasih daripada Shuk.

Gara-gara komen itu, ada netizen turut mendoakan agar mereka berdua dipertemukan jodoh dan dipermudahkan segala urusan.

WhatsApp Image 2022-09-15 at 6.20.35 PM

Netizen mendoakan agar urusan mereka berdua dipermudahkan.

"Lepas tu dipermudahkan atas pelamin berdua pula.

"Akhirnya Allah tunjuk hikmah atas apa yang berlaku. Semoga berjodohan dan berubahlah kerana Allah.

"Kita doakan baik-baik sahaja la," tulis netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Shuk Sahar rindu dunia hiburan, netizen pesan contohi Aliff Aziz kalau nak ‘comeback’

ARTIKEL BERKAITAN: Shuk Sahar diminta buat solat taubat, doa dapat kembali ke pangkuan isteri

Nama Fara Salleh pernah menjadi bualan hangat netizen apabila dikaitkan dengan kontroversi rumah tangga Shuk dan isterinya iaitu Rossa Sera sekitar dua tahun lalu.

shuk2

Shuk menafikan dakwaan ingin berubah kerana sudah tiada duit.

Sehingga kini status rumah tangga Shuk dan isterinya masih menjadi tanda tanya.

Sera bagaimanapun berkata dia dan Shuk masih berhubung namun hanya atas urusan anak-anak sahaja.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain