suria

Elfira Loy masuk hospital kerana stres... sukar bernafas masa solat dan rasa dunia berputar

Elfira Loy dikejarkan ke hospital kerana mengalami tekanan.

GARA-GARA tekanan akibat terlalu penat bekerja, pelakon Elfira Loy terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital pada Khamis.

Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy, 28, memberitahu keadaan dirinya kurang stabil sejak kebelakangan ini sehingga perlu mendapatkan rawatan doktor.

Kata Elfira, dia dipercayai berdepan simptom Vertigo atau hilang kestabilan tubuh.

elfira1

Elfira kini dirawat di hospital kerana terlalu penat.

"Simptom awal yang dikesan adalah saya berasa diri tidak stabil setiap lima ke sepuluh minit.

"Mulanya saya menganggap kesihatan saya sudah bertambah baik, sehinggalah saya terlanggar cermin sisi kereta.

"Saya tetap meneruskan mesyuarat dan selepas itu pulang ke rumah ibu, barulah saya berkongsi dengannya (ibu) tentang tahap kesihatan saya," tulisnya di laman instagram.

Sekadar informasi, Vertigo menyebabkan pesakit mengalami simptom seperti pening, loya, muntah, sakit kepala dan rasa tidak stabil ketika berjalan.

ARTIKEL BERKAITAN: Elfira Loy menangis tengok suami sambut kelahiran anak, selamat timang ‘baby girl’

ARTIKEL BERKAITAN: Comelnya! Elfira Loy kongsi wajah anak, pilih nama Nur Aria Mikayla

elfira2

Elfira Loy mohon doa peminat.

Dalam pada itu, Elfira berkata dia sukar melakukan aktiviti harian kerana sering berasa tidak sedap badan dan mengalami muntah-muntah.

"Masa Isyak saya macam sakit perut, cirit birit dan ambil wuduk cepat-cepat. Masa solat rasa susah nak bernafas dan muntah termasuklah sakit abdomen.

"Saya minum banyak air dan terus tidur. Sewaktu tidur saya rasa dunia pula berputar seperti dilanda ombak dan rasa nak terjatuh.

"Takut sangat masa tu sebab saya masih pegang Aria," jelasnya.

Pelakon drama Demi Dia ini bagaimanapun bersyukur kerana laporan kesihatan mendapati keadaanya masih terkawal dan dalam keadaan baik.

Dia turut meminta agar peminat mendoakan kesihatannya supaya tidak perlu menjalani rawatan lanjut.

"Nasib baik semua keputusan laporan kesihatan baik-baik sahaja.

"Jika berterusan lagi, saya perlu melakukan CT scan dan kalau boleh saya tidak mahu melakukannya. Doakan saya," kongsi Elfira.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain