suria

Neelofa ‘belanja’ gambar sisi Bilal! Peminat rayu cepat-cepat tunjuk muka penuh, bimbang kempunan sebelum ajal sampai

Neelofa kerap berkongsi tentang Bilal di Instagram namun tidak mendedahkan wajah anaknya itu.

SEKALI lagi selebriti dan usahawan Neelofa mencuri tumpuan ramai apabila berkongsi gambar mendukung anak sulungnya iaitu Muhammad Bilal.

Neelofa, 33, yang sebelum ini memilih untuk tidak mendedahkan wajah anaknya itu bagaimanapun dilihat semakin terbuka dan kerap memuat naik video telatah Bilal di rumah.

Walaupun hanya menunjukkan bahagian sisi dan belakang bayi itu, namun rata-rata peminat cukup teruja dengan perkongsian tersebut.

neelofa 2

Peminat semakin tidak sabar untuk melihat wajah Bilal.

Menerusi ruangan komen, seorang peminat mahu agar Neelofa dapat menunjukkan wajah penuh Bilal secepat mungkin.

Ini kerana ada peminat bimbang jika ada dalam kalangan mereka tidak berkesempatan menatap wajah comel anaknya itu.

"Kenapa Neelofa tak tunjuk muka Bilal dari lahir sampai sekarang? Bayangkan mana peminat yang dah sampai ajal sampai ke sudah tak dapat tengok.

"Saya sendiri pun selalu intai nak tengok betapa comelnya Bilal, tetapi tak nampak pun. Ibarat menunggu buah yang tak gugur," tulis individu berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa rancang pindah ke Mesir, ikut suami sambung belajar... Mahu besarkan Bilal di tanah Arab

ARTIKEL BERKAITAN: Bilal dah 6 bulan tapi masih belum tunjuk wajah, netizen kata ‘baik tak payah post kalau sorok’... Ini komen balas Neelofa!

Komen tersebut mendapat respon beberapa pengguna media sosial lain yang memahami tindakan Neelofa tidak mendedahkan wajah anaknya di media sosial.

Selain itu, ada juga netizen menyamakan wajah Bilal seperti anak saudara Neelofa iaitu Jebat Jayden.

"Dah banyak kali Lofa beritahu nanti bila tiba masa sesuai dia akan tunjukkan. Tak lama lagi tu sebab dah takde emoji. Tak payah sebut pasal ajal. Semuanya ketentuan Allah.

Saya sendiri pun selalu intai nak tengok betapa comelnya Bilal, tetapi tak nampak pun. Ibarat menunggu buah yang tak gugur

NETIZEN

"Itu pilihan dia nak tunjuk atau tidak. Kita kena respect pilihan orang.

"Aku bayang muka dia macam Jebat je, tiada orang lain dah," komen netizen.

neelofa 3

Antara gambar Bilal yang dikongsi Neelofa.

Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan pendakwah bebas PU Riz pada 27 Mac 2021 menyambut kelahiran anak sulungnya itu pada 29 Januari lalu.

Sejak dilahirkan ramai peminat ternanti-nanti untuk melihat wajah Bilal namun Neelofa sebelum ini menutup muka anaknya itu jika memuat naik gambar di media sosial.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain