suria

“Suhu badan naik tiba-tiba”- Pertama kali masuk hospital, Mimi Lana serba salah tidak dapat ke set penggambaran

Mimi masih sempat fikir soal kerja ketika sakit.

PELAKON Mimi Lana dimasukkan ke sebuah pusat perubatan bagi menerima rawatan akibat demam panas pada Rabu.

Menurut Mimi atau nama sebenarnya, Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 27, dia mula merasa tidak sihat sejak beberapa lari lalu dan bimbang jika terkena jangkitan Covid-19 atau influenza.

"Dua, tiga hari ni saya rasa tak sedap badan dan pagi ini (Rabu) suhu badan naik secara tiba-tiba. Saya sejuk sampai menggigil.

mimi lana 3

Mimi dibawa ke hospital selepas suhu badan naik secara tiba-tiba.

"Saya bimbang terkena jangkitan Covid-19 atau influenza dan doktor suspek saya terkena dengki disebabkan simptom yang dialami. Mujur tiada apa hanya demam panas," katanya.

Mimi berkongsi perkara tersebut menerusi beberapa hantaran di IG story miliknya memaklumkan dia sudah menerima dua botol drip air sejak dimasukkan ke hospital.

ARTIKEL BERKAITAN: Mimi Lana sudah sedia bergelar isteri, akan kongsi apabila tiba masa

ARTIKEL BERKAITAN: Diam-diam Mimi Lana naik pelamin, ramai sangka dirisik Syafiq Kyle - “Doakan yang baik-baik untuk saya”

Dalam pada itu, Mimi juga memberitahu ini adalah kali pertama dia di tahan wad akibat demam.

"Saya tidak pernah di masukkan ke hospital sebenarnya. Selalu saya demam ambil ubat dan balik rumah berehat.

"Kali ini lain macam betul demamnya. Saya pun tak sangka," ujarnya.

Saya betul-betul rasa bersalah sebab sepatutnya ada penggambaran hari ini. Inilah kali pertama dimasukkan ke hospital ketika shooting

MIMI LANA

PELAKON

Sementara itu pelakon Villa Kristal itu sempat meluahkan rasa bersalah kerana keadaannya yang kurang sihat ketika masih terikat dengan jadual penggambaran.

"Saya betul-betul rasa bersalah sebab sepatutnya ada penggambaran hari ini. Inilah kali pertama dimasukkan ke hospital ketika shooting.

"Doakan saya cepat sembuh dan boleh kembali ke set seperti biasa," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain