suria

Anggap peserta ketandusan idea, Awie harap tiada lagi sentuh isu agama dan ‘body shaming’ di pentas akhir MLS3

Awie berharap peserta peringkat final MLS3 dapat tampil dengan idea lebih segar.

JURI tetap Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3), Datuk Awie meminta finalis peringkat akhir program itu tidak menampilkan lawak tentang keagamaan, mengumpat serta mengeji dan body shaming sebagai bahan jenaka.

Awie atau Ahmad Azhar Othman, 53, berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku selain menganggap peserta ketandunsan idea sehingga terpaksa menggunakan elemen itu sebagai bahan jenaka.

"Cukuplah! Saya tak sangka mereka 'main' lagi minggu ini. Saya rasa mereka sudah ketandusan idea, mungkin boleh buat lagi bagus. Tak payah lagi sentuh isu body shaming, keagamaan, mengumpat atau mengeji dalam persembahan.

307104671_623627312626673_1913023891476732169_n

Juri harap pelawak selayaknya bakal bergelar juara.

"Dah terlepas satu, dua minggu cukup. Jangan ada pengulangan lagi jika orang lain dah persembahkan sesuatu kisah. Dia jadi macam tumpang, tak best," katanya.

Awie bekata demikian sebagai mengulas persembahan peringkat separuh akhir MLS3 yang berlangsung pada malam Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Arteh gagal lolos peringkat akhir, 4 kumpulan bakal berentap rebut gelaran juara Muzikal Lawak Superstar 3

ARTIKEL BERKAITAN: Man Raja Lawak serik kerjasama dengan Tauke, letih asyik kena ‘sidai’... “Kami ngam tapi bukan bab kerja”

Pada pertandingan itu, empat kumpulan mara ke peringkat akhir iaitu Ubi, Cili, Bahroy serta Ood yang akan berlangsung pada 23 September ini.

Manakala kumpulan Arteh yang juga anak kepada pelawak Allahyarham Mr. Os iaitu Mohamad Hazwan Mohd Yusof dan Mohamad Hafizul Mohd Yusof tersingkir daripada melayakkan diri ke peringkat final.

Kami tahu siapa bagus, siapa tak bagus!

DATUK AWIE

JURI TETAP MLS3

Dalam pada itu, Awie berharap peringkat akhir nanti kumpulan yang layak akan menjuarai pertandingan itu berdasarkan penilaian juri dan bukannya disebabkan undian penonton.

"Kita mengharapkan penjurian berdasarkan markah juri tetapi kena ingat kita ada 25 peratus undian daripada penonton. Kami melihat usaha, kesungguhan selain bahan yang dipersembahkan.

"Sekiranya orang luar lebih mengatasi penjurian juri profesional, maka kami tidak boleh buat apa-apa tapi kami tahu siapa bagus, siapa patut bergelar juara dan sebaliknya," jelasnya.

307627528_821065102410487_955144616606955541_n

Peserta MLS3 belum mampu buat juri ketawa terbahak-bahak.

Sementara itu, Najib Ali pula memberitahu sebagai salah seorang juri tetap, mereka akan menilai dua perkara ketika peringkat akhir nanti iaitu persembahan yang baik dan konsistensi terhadap tugasan sepanjang pertandingan.

"Dua perkara penting itu adalah persembahan yang akan dilakukan nanti sama ada menyengat atau pun tidak. Kedua, apa telah dipersembahkan pada minggu-minggu sebelumnya. Konsisten itu perlu," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain