suria

“Kalau berlembut, orang pijak kepala kita” - Pemilik butik langsai hutang selepas Azza Elite buat laporan polis

Azza lega isu tuntutan bayaran sudah selesai selepas membuat laporan polis.

ENGGAN dirinya terus dipijak dan dipergunakan pihak tidak bertanggungjawab, penyanyi dan pelakon Azza Elite membuat laporan polis terhadap pengusaha butik ekoran isu gagal melunaskan tuntutan bayaran bagi penglibatannya dalam sebuah program sebelum ini.

Azza atau Noor Azzarima Zawari berkata, dia membuat laporan berkenaan di Balai Polis Ukay Perdana, Kuala Lumpur pada 14 September lalu bagi menuntut haknya daripada pihak berkenaan.

Hasil daripada laporan polis yang dibuat, bekas anggota kumpulan Elite itu memberitahu pihak berkenaan telah pun menjelaskan bayaran yang dijanjikan kepadanya.

"Alhamdulillah sudah selesai semuanya. Tak perlulah saya panjangkan isu ini kerana tidak elok mengaibkan sesiapa," katanya ketika dihubungi mStar.

azza 4

Status Facebook yang dikongsi Azza selepas membuat laporan polis.

Azza sebelum itu berkongsi tentang perkara berkenaan dalam satu hantaran yang dimuat naik di Facebook miliknya.

Dalam pada itu, Azza berkata, apa yang berlaku kepadanya dijadikan sebagai pengajaran agar lebih berhati-hati untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana pihak di masa akan datang.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sampai hati... bapa saya baru meninggal” - Azza Elite kena maki dengan Azwan Ali gara-gara lambat serah tempahan sejadah

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa meninggal dunia, Azza Elite hilang satu doa paling berkat

Kata Azza, dia sedar dalam beberapa perkara terutamanya berkaitan urusan kerja dia perlu menjadi lebih tegas atau akan ada pihak mengambil kesempatan terhadapnya.

"Kita perlu tegas dalam beberapa perkara. Kalau berlembut tak kena tempat, memang orang akan pijak kepala kita.

"Apa yang berlaku juga saya jadikan pengajaran untuk lebih berwaspada apabila bekerjasama dengan mana-mana pihak pada masa akan datang.

"Bukan saya sahaja, sesiapa juga boleh ambil iktibar. Kalau ada urusan perniagaan, perlu ada invois sebagai bukti," jelasnya.

Kalau berlembut tak kena tempat, memang orang akan pijak kepala kita.

AZZA ELITE

PENYANYI/PELAKON

Sementara itu, mengambil keberkatan selepas menerima wang berkenaan, Azza menggunakannya ke jalan sedekah dengan mengedarkan sejadah kepada pengunjung yang hadir dalam sebuah acara expo di Singapura.

Jelas Azza, dia memang sudah berniat sekiranya mendapat wang tersebut ia akan digunakan ke jalan sedekah.

"Alhamdulillah duit tersebut dapatlah saya bersedekah sejadah kepada pengunjung di sebuah expo di Singapura, kebetulan saya juga sedang berniaga di sini.

"Saya pun memang dah berniat, kalau dapat wang tersebut memang nak buat amal jariah," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain