suria

“Done tambah hutang” - Hasil kerja keras, Janna Nick beli rumah baharu

Janna berkongsi berita gembira bersama peminatnya di instagram.

HASIL kerja keras sepanjang bergelar anak seni, pelakon dan penyanyi Janna Nick berkongsi berita gembira berjaya memiliki kediaman baharu.

Menerusi Instagram, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 27, memuat naik foto berlatar belakang sebuah rumah teres tiga tingkat yang baru dibeli.

Bersama kapsyen pada foto berkenaan, Janna sempat berseloroh memberitahu dia perlu bekerja lebih keras lagi selepas ini kerana mempunyai komitmen hutang baharu.

"Alhamdulillah, done tambah hutang. Jom la kerja lebih keras lagi," tulisnya.

janna1

Kejayaan Janna ini dirai rakan selebriti dan para peminat.

Perkongsiannya itu menarik perhatian rakan artis antaranya Izzue Islam, Wany Hasrita dan Amyra Rosli yang meninggalkan komen mengucapkan tahniah di atas pencapaian penyanyi lagu Gatal itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen tanya kenapa sedap sangat, persembahan ‘Gatal’ Janna Nick di AIM23 didakwa ‘miming’

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Janna Nick mohon maaf, kesan jangkitan Influenza dan suara hilang punca miming di pentas AIM23

janna2

Segala usaha dan penat lelah Janna akhirnya berbaloi.

Selain itu, peminat turut tumpang bangga dengan pencapaian Janna dan berharap penyanyi ini terus menyinar dalam industri seni.

"Alhamdulillah, tahniah Janna Nick rezeki dapat rumah. Tumpang gembira semoga Janna terus sukses okay.

"Bangga sangat dengan awak. Semoga awak terus kerja keras dan lebih rajin ya. InsyaAllah saya sentiasa menyokong Janna," tulis netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Janna Nick, rumah baru

Artikel Lain