suria

Ainul Aishah selamat bergelar isteri ahli perniagaan… Syukur dikurniakan suami penyayang

Ainul bersyukur dikurniakan suami penyayang.

PELAKON Ainul Aishah selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Khalid Redzuan dalam sebuah majlis yang diadakan di The Saujana Hotel, Kuala Lumpur pada Ahad lalu.

Bersyukur majlis pernikahannya itu berjalan lancar, Ainul atau nama sebenarnya Ainul Aishah Azizun, 35, berkata dia bertuah apabila dipertemukan jodoh dengan seorang lelaki penyayang.

ainul

Pelakon ini berkongsi berita gembira tentang pernikahannya di laman instagram.

"Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, atas berkat doa semua, urusan majlis kahwin kami dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

"Saya bersyukur kerana telah menjadi seorang isteri kepada lelaki penyayang.

"Saya juga bertuah kerana dikelilingi keluarga dan sahabat di hari istimewa ini.

"Memori ini akan sentiasa terpahat di hati dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menjadikan hari pernikahan ini begitu istimewa," katanya.

ainul2

Majlis berlangsung di The Saujana Hotel, Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN: Ainul Aishah terima hakikat kurang tawaran kerana usia meningkat

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tunggu dia masuk meminang” - Ainul Aishah sedia bergelar isteri tahun ini

Ainul berkongsi berita gembira itu menerusi Instagram miliknya pada Selasa.

Dia turut memuat naik beberapa keping foto dan video semasa majlis pernikahannya itu.

Untuk info, Ainul dan Khalid mengikat tali pertunangan pada 27 Mac 2021 selepas lima tahun menjalin cinta bersama pasangan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain