suria

Suav sedia berdepan cabaran dunia seni, mahu cipta lagu mampu sentuh hati pendengar

Suav mahu cipta tampi dengan lebih banyak karya sendiri.

BERMULA dengan sebuah projek penghasilan runut bunyi sebuah drama, kumpulan Suav yang dianggotai oleh tiga anak muda kini mula serius dalam industri muzik tanah air.

Bukan sekadar berbakat dalam nyanyian dan bermain instrumen, kumpulan yang dianggotai oleh Adam, Akif serta Ariff ini juga mahu lebih dikenali dengan karya-karya hasil ciptaan mereka sendiri.

"Kami mula bersama sejak tahun 2015 sebagai sebuah kumpulan. Sekarang ini kami yakin untuk serius dalam dunia seni dan sedia berdepan dengan cabaran di masa akan datang.

suav 2

Suav sedia berdepan cabaran dunia seni.

"Kami ingin mencipta lagu-lagu yang mampu menyentuh setiap kerumitan perasaan seseorang itu sebagai mana kami merasai," kata Ariff.

Sebagai pengenalan mereka tampil dengan lagu pertama berjudul Raja Di Hati yang mendapat sentuhan komposer terkenal Aidit Alfian.

Lagu tersebut merupakan sebuah projek untuk runut bunyi filem berjudul Gantung yang mana ia adaptasi sebuah drama dengan tajuk sama yang pernah disiarkan di Astro sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah tular suara mirip penyanyi Indonesia, Zul Hadi muncul dengan ‘Bidadariku’... sedia tempuh kehidupan sebagai selebriti

ARTIKEL BERKAITAN: Arteh gagal lolos peringkat akhir, 4 kumpulan bakal berentap rebut gelaran juara Muzikal Lawak Superstar 3

"Demo lagu ini telah dirakam beberapa tahun lalu dan ia mempunyai susunan muzik yang sangat berbeza dari segi vibe dan lirik. Lagu ini dipilih untuk menjadi lagu perdana kami dengan nafas yang baharu dan susunan muzik yang agak berbeza dari pop rock band di Malaysia,”

"Asal usul lagu ini sebenarnya apabila abang Aidit Alfian dilamar oleh sebuah projek indie yang meminta lagu runut bunyi filem Gantung The Movie yang akan disiarkan secara strim antarabangsa.

Kami ingin mencipta lagu-lagu yang mampu menyentuh setiap kerumitan perasaan seseorang itu sebagai mana kami merasai

ARIFF SUAV

"Ia telah dirakam dalam tempoh kurang dari sebulan dan turut memiliki muzik video," tambahnya.

Sementara itu Aidit yang bertindak sebagai individu pentang membawa kumpulan ini ke arus perdana berpendapat kumpulan Suav mempunyai potensi besar menerusi bakat mereka tersendiri.

suav 3

Aidit (dua dari kiri) percaya dengan bakat Suav.

"Selain senang memberi kerjasama, mereka juga sangat mudah diajar. Potensi ataupun bakat Suav selain dari bermain gitar dan menyanyi, sebenarnya adalah dalam penulisan lagu dan lirik.

"Kekuatan mereka apabila mereka kerja bersama, bermaksud mereka bagus bersama dan tidak hanya menyerlah hanya satu ahli sahaja," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain