SUSULAN tuntutan saman yang dikemukakan oleh ahli perniagaan Datuk SM Faisal Nasimuddin Kamal terhadap Caprice, penyanyi rap berkenaan membuat keputusan untuk memberikan sebuah kereta miliknya secara percuma kepada pengikut bertuah, Jumaat ini. Menerusi perkongsian di laman Instagram, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 34, memaklumkan bahawa dia akan melakukan sesi cabutan dan memberikan kereta berjenama Kia Sportage itu secara percuma. "Jumaat ini saya akan membuat giveaway Kia Sportage saya secara percuma sebagai cabutan bertuah kepada pengikut saya. Caprice nak bagi kereta pada pengikut bertuah. "Siapa-siapa berminat nak kereta four wheel drive... secara percuma. Bersedia pukul 3 petang Jumaat ini," kata di Instastory. ARTIKEL BERKAITAN: Caprice tak akan minta maaf terhadap SM Faisal, sedia ke mahkamah ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi foto ‘free hair’, netizen tanya mana tudung? Isteri Caprice minta bertenang Sebelum ini, SM Faisal memfailkan saman terhadap Caprice atas dakwaan memuat naik hantaran berbaur fitnah di Instagram miliknya pada 28 Jun lalu. Dalam rakaman video tersebut, Caprice telah mengaitkan ahli perniagaan berkenaan dengan kes membabitkan bekas isteri iaitu Emilia Hanafi. Pada Selasa, Caprice mengakui sudah menerima surat saman tersebut dua bulan lalu dan menyerahkan kepada pihak peguam bagi menyelesaikan kes berkenaan. Katanya dia sudah bersedia berhadapan dengan kes tersebut di mahkamah dan sama sekali tidak akan membuat permohonan maaf atau memadam video berkenaan. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI