suria

Bangga tayang kekasih berlainan agama, PU Syed tegur aksi mesra Yazmin Aziz

PU Syed menegaskan bercinta harus berlandaskan syariah.

PENDAKWAH bebas iaitu Pencetus Ummah (PU) Syed menegur tindakan penyanyi Yazmin Aziz menunjukkan aksi mesra dan berbangga memiliki kekasih berlainan agama.

PU Syed atau nama sebenar Syed Mohd Bakri Syed Ishak, 40, berkata sebagai seorang Muslim, perbuatan Yazmin itu dilihat tidak wajar dan tidak seharusnya menjadi tontonan masyarakat.

"Malaysia tidak pernah sunyi dengan melibatkan isu tentang orang yang dikenali. Terbaharu, saya dapat tahu tentang Yazmin yang menonjolkan kehidupan bersama kekasih bukan Islam.

"Ini satu perbuatan yang tidak patut dipertontonkan kepada masyarakat, lebih-lebih lagi di zaman yang penuh fitnah ini," katanya.

pu syedd

PU Syed menasihatkan agar penyanyi itu sedar dan bertaubat.

PU Syed berkongsi pandangannya itu menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Instagram pada Rabu.

Dalam pada itu, pendakwah bebas ini turut menasihati Yazmin agar sentiasa berpegang teguh pada landasan agama.

"Kalau kamu rasa nak bercinta dengan seorang bukan Islam, pastikan ia berlandaskan syariah. Pertamanya mestilah seorang Muslim.

ARTIKEL BERKAITAN: Yazmin Aziz jawab tuduhan tinggal sebilik dengan kekasih di Langkawi, bukan berdua tapi keluarga turut serta

ARTIKEL BERKAITAN: PU Syed dituduh bersikap ‘double standard’ gara-gara tidak bantah Konsert Dewa 19... “Saya tiada kuasa! Jangan harap ustaz sahaja”

"Kehidupan kita sebagai umat Islam ada landasan halal dan haram. Segala yang ditunjukkan di media sosial merupakan perbuatan maksiat seperti berpelukan dan berpakaian tidak senonoh.

"Ini semua tidak dibenarkan syarak dan ia boleh menjadi contoh yang buruk kepada masyarakat," jelasnya.

yazmin

Yazmin Aziz sering mendapat perhatian ramai sejak kebelakangan ini.

Dalam hantaran yang sama, PU Syed meminta Yazmin bertaubat dan mengajak kekasihnya itu memeluk Islam terlebih dahulu serta segera bernikah.

Sebelum ini, Yazmin menerusi aplikasi TikTok memuat naik video menerangkan tentang agama yang dianut oleh kekasihnya itu.

Kata Yazmin, dia hairan apabila ramai yang tidak senang melihat hubungan cinta berbeza agama mereka.

Untuk rekod, Yazmin atau nama sebenar Yazmin Aldwin Abdul Aziz, 21, sedang bahagia menjalinkan hubungan cinta dengan pemain bola sepak pasukan The Red Warrior, Nixon Guylherme.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain