suria

“Hampir 80 peratus siap” - Adam Lee dan Sweet Qismina urus sendiri majlis perkahwinan, enggan upah ‘wedding planner’

Adam berkongsi rasa teruja menanti hari bahagia.

MAHU menjadi kenangan terindah dalam hidup, pelakon Adam Lee memberitahu dia dan Sweet Qismina menguruskan sendiri majlis perkahwinan mereka yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Meskipun masing-masing sibuk dengan kerja, Adam atau nama sebenarnya Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee, 28, berkata mereka memilih untuk menguruskan sendiri segala persiapan tanpa bantuan perancang perkahwinan.

adam1

Meskipun sibuk menjalani penggambaran drama, Adam tetap membuat persedian perkahwinan sendiri.

"Kami memang uruskan sendiri daripada kosong sehinggalah nak dekat lagi sebulan menuju tarikh bahagia.

"Saya dan Sweet sendiri turun padang bagi memastikan segalanya berjalan lancar.

"Kami tidak melantik mana-mana perancang perkahwinan, kamilah ‘wedding planner’ untuk majlis itu nanti," katanya kepada mStar.

Adam ditemui ketika sidang media drama Adakah Kau Menungguku yang bakal bersiaran di TV3.

ARTIKEL BERKAITAN: Hari bahagia Sweet Qismina dan Adam Lee semakin hampir, beri ‘hint’ majlis nikah sama tarikh bertunang

ARTIKEL BERKAITAN: Kerja tanpa henti, doktor tahan Adam Lee di hospital kerana kepenatan

Dalam pada itu, Adam juga mengakui gementar namun teruja menanti hari bahagianya itu.

"Sudah tentu saya teruja untuk menantikan saat ini. Boleh dikatakan agak penat kerana kami bekerja, dalam masa yang sama semua persiapan kami lakukan sendiri.

"Boleh dikatakan hampir 80 peratus persiapan telah pun siap," jelasnya.

adam12

Pernikahan pasangan selebriti ini dikatakan akan berlangsung bulan depan.

Meskipun sibuk dengan komitmen kerja, Adam bersyukur segala persiapan berjalan lancar seperti dirancang.

"Kerja kami tak sama seperti pekerjaan lain. Orang lain mungkin keluar pagi balik petang, tetapi kami ada kalanya keluar pagi balik pun pagi," ujarnya.

Untuk info, Adam dan Sweet mengikat tali pertunangan pada 25 Oktober 2021 dan memberi gambaran bakal melangsungkan pernikahan tidak lama lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain