suria

Penat sampai tak cukup tidur! The Gadys seronok siapkan MV ‘Gelek Jambu’

Jadual padat bukan penghalang The Gadys siapkan lagu baharu.

JADUAL kerja yang padat sehingga tidak cukup tidur menjadi cabaran utama buat kumpulan The Gadys dalam penghasilan video muzik (MV) lagu terbaharu mereka berjudul Gelek Jambu.

Menurut salah seorang anggotanya iaitu Nelissa Nizam, dia bersama tiga lagi rakan lain yang juga terlibat dalam dunia lakonan terpaksa membahagikan masa sebaik mungkin bagi kelancaran rakaman MV tersebut.

"Cabaran paling utama The Gadys adalah masa kerana kami juga terbabit dalam bidang lakonan. Namun, jadual penggambaran yang sangat padat tidak menghalang kami untuk menyiapkan MV lagu ini.

gadys 2

The Gadys berpuas hati dengan hasil lagu Gelek Jambu.

"Ada yang tidak tidur, habis shooting MV pukul 5 pagi dan terus ke lokasi penggambaran drama pada pukul 8 pagi. Ada yang mandi di set penggambaran pun ada.

"Itu belum lagi latihan menari sampai pukul 2 pagi sebelum itu. Tetapi Alhamdulillah,semua ujian dapat kami tempuhi dengan baik kerana semangat bekerjasama yang tidak pernah hilang," katanya.

Gelek Jambu merupakan single kedua The Gadys selepas tampil dengan lagu raya berjudul Gadys Raya pada April lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Suav sedia berdepan cabaran dunia seni, mahu cipta lagu mampu sentuh hati pendengar

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah tular suara mirip penyanyi Indonesia, Zul Hadi muncul dengan ‘Bidadariku’... sedia tempuh kehidupan sebagai selebriti

Sementara itu bercakap tentang proses rakaman lagu berkenaan, kata seorang lagi anggota iaitu Aznie Azmi, mereka mendalami setiap karakter yang ingin disampaikan sehingga terpaksa menggunakan props supaya ia lebih mudah disampaikan.

"Ketika rakaman lagu ini kami tiada menyanyi secara biasa sebaliknya dengan karakter dan emosi dari setiap lirik yang disampaikan.

"Sewaktu menyanyikan bahagian sendiri, saya diminta untuk memegang gitar, beg dan cawan seolah-olah menggambarkan emosi yang ingin di sampaikan oleh karakter dalam lagu.

Alhamdulillah,semua ujian dapat kami tempuhi dengan baik kerana semangat bekerjasama yang tidak pernah hilang

THE GADYS

"Proses rakaman sangat seronok walaupun diulang banyak kali. Lagu ini sangat fun sebab ada pelbagai style. Ada reggaeton, rock dan tradisional sebagai muzik latar," jelasnya.

Gelek Jambu merupakan lagu ciptaan bersama Mage, Glowrush, Pique, Upai dan Ajay Amai.

Sementara liriknya pula dihasilkan oleh Mage dan Pique.

MV yang diarahkan oleh Lily Samsuddin ittu pula sudah mula ditayangkan di saluran Youtube The Gadys sejak 9 September lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain