STATUS janda beranak satu bukan pengakhiran buat Lufya Omar sebaliknya pelakon itu mendedahkan masih ada lelaki yang ingin mendekati dan mengejar cintanya. Lufya, 37, berkata, dia sebenarnya banyak menerima mesej daripada lelaki di laman sosial yang ingin mengenalinya namun mencari calon suami bukan keutamaan dirinya buat masa ini. "Just hendak beritahu, bukan tak laku tetapi terlebih laku. Syukur ramai yang sayang dan suka. "Cuma anak dan keluarga adalah keutamaan saya," katanya. Anak adalah keutamaan buat Lufya. Terdahulu, Lufya memuat naik perbualan dengan seorang lelaki yang dilihat cuba 'masuk jarum' mahu berkenalan dengannya di Instagram. Lufya secara bersahaja meminta lelaki berkenaan agar menghantar resume untuk disemak selain memberitahu tidak kisah untuk kembali berkahwin sekiranya anaknya memberi persetujuan. ARTIKEL BERKAITAN: Lufya sifatkan insiden diserang ada hikmah tersendiri, hubungan bekas suami dan anak kembali bertaut ARTIKEL BERKAITAN: Hari-hari anak minta ‘papa baru’ tapi Lufya belum terbuka hati cari pengganti... Selesa hidup tanpa suami "Ada jodoh, Insya Allah dengan lelaki yang tepat. Kalau tiada pun, Alhamdulillah. Semoga Allah ganti dengan jodoh lebih baik di sana nanti. "Apa yang penting, saya bahagia dengan anak," ujarnya. Kita jangan berharap pada manusia. Belum tentu mereka akan bahagiakan kita. LUFYA OMAR PELAKON Dalam pada itu, Lufya berkata, dia tidak mahu meletakkan harapan tinggi untuk kembali bercinta dan bahagia hidup berpasangan. Sebaliknya, dia percaya sekiranya seseorang terus berdoa, Allah akan mengurniakan rezeki melimpah ruah dalam apa juga bentuk. "Kita jangan berharap pada manusia. Belum tentu mereka akan bahagiakan kita. Lufya pernah berkahwin dengan Che Hafiz. "Berharaplah sepenuhnya kepada Allah. Rezeki Allah itu pasti. Alhamdulillah tak pernah putus," katanya. Lufya sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Dr. Che Muhammad Hafiz Che Baharum pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Laana Haura yang kini berusia empat tahun. Bagaimanapun Lufya dan Dr. Hafiz bercerai pada 17 Jun 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI