BAPA kepada pelakon dan pengacara, Qi Razali iaitu Muhammed Razali Abdullah meninggal dunia pada malam Isnin. Khabar duka itu dimaklumkan oleh Qi atau nama sebenarnya Qushairi Muhammed Razali Wong, 45, menerusi Instagram miliknya pada Selasa. "Assalamualikum. Ayah saya baru pulang ke Rahmatullah malam tadi. Saya nak minta semua yang mengenali saya dan keluarga untuk sedekahkan Al-Fatihah dan doakan yang baik-baik untuk arwah ayah saya, Muhammed Razali bin Abdullah,” katanya. Qi Razali bersama ibu dan bapanya pada sambutan Aidilfitri. Dalam pada itu, Qi turut memohon kepada sesiapa mengenali bapanya agar memaafkan semua kesalahan Allahyarham. "Jika dia pernah tersalah kata harap ampunkan, jika ada hutang yang belum langsai harap halalkan. Innallillah wa Innallillah hirojun. Semoga tenang papa di sana," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Vivy Yusof dikecam lagi isu ‘design’ tudung, kali ini Qi Razali pula bersuara pertahan kekasih - “Nak ciplak pun agak-agaklah, saya tak boleh duduk diam!” ARTIKEL BERKAITAN: Qi Razali mahu teman wanita kejar cita-cita sebelum kahwin Allahyarham yang juga seorang bekas pengarang dan penyair terkenal menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10.50 malam pada usia 87 tahun. Selain Qi, Arwah turut meninggalkan empat anak termasuk pemuzik dan bekas anggota kumpulan Blackrose, Sha’arin Muhammed Razali dan isteri, Khatijah. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI