suria

Noraniza Idris tangguh Konsert Malai Solo, risau PRU15 makin dekat

Noraniza Idris belum ada tarikh baru untuk konsert Malai Solo.

PENYANYI Noraniza Idris mengambil keputusan menunda penganjuran persembahan terakhirnya sebelum bersara iaitu Konsert Malai Solo yang dijadualkan berlangsung pada 21 hingga 23 Oktober 2022 di Panggung Sari, Istana Budaya Kuala Lumpur.

Noraniza, 54, menerusi kenyataan kepada media berkata, konsert berkenaan terpaksa ditunda atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan termasuklah kemungkinan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dijangka diadakan pada bulan berkenaan.

"Kemungkinan besar PRU akan diadakan pada Oktober dan November nanti. Ia menyukarkan penyusunan aturcara konsert termasuk aspek jemputan tetamu VIP, menteri serta wakil dari pihak kementerian yang menjadi salah satu tunggak utama penganjuran acara ini," katanya.

Dalam pada itu, penyanyi dengan gelaran Ratu Etnik Malaysia ini menjelaskan pengarah muzik Datuk Ramli MS yang sepatutnya bertindak sebagai pengarah muzik konsert terikat dengan program Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) yang sedang berlangsung ketika ini.

175988963_148907847097850_633169824797390713_n

Noraniza Idris maklum kesihatan terganggu kerana terlalu sibuk.

Tidak hanya itu, Noraniza juga menjelaskan faktor kesihatan dan komitmen terhadap kerjaya yang padat turut menyumbang kepada penundaan konsert berkenaan.

"Pihak Astro tidak membenarkan Ramli terlibat dengan produksi lain ketika masih berada adalam kontrak bersama pihak Astro.

ARTIKEL BERKAITAN: Noraniza Idris gembira Siti Nurhaliza sambut baik pelawaan jadi tetamu VIP konsert, mahu jemput ramai lagi penyanyi irama Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza ikhlas terima jemputan konsert Noraniza Idris... Minta tak panjangkan cerita

"Saya gagal mengurangkan beberapa komitmen dan aktiviti seni sehingga menjejaskan kesihatan sekaligus menggangu jadual latihan yang telah ditetapkan lebih awal," ujarnya.

Sementara itu, penyanyi lagu Dikir Puteri ini memberitahu pihaknya masih belum mempunyai tarikh baharu bagi menggantikan konsert yang ditunda.

Terdahulu, selepas mengumumkan konsert berskala besar itu, ramai peminat mempertikai dan melahirkan rasa kecewa apabila tiket yang dijual didakwa terlalu mahal.

Tiket Konsert Malai Solo dijual pada harga RM299 sehingga RM1,599 dan bakal memperlihatkan 300 individu termasuk pemuzik, pasukan budaya dan kumpulan tenaga kreatif terlibat bagi menjayakan persembahan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain