suria

Tom nekad tanggalkan ‘dreadlocks’, tampil imej baharu di minggu ketiga GV9 

Tom sedia hadap kecaman netizen demi anak-anak.

PENYANYI Tom bakal tampil dengan imej terbaharunya di pentas Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) Ahad ini apabila mengambil keputusan untuk menukar gaya rambut jenis dreadlocks yang sinonim dengan dirinya.

Tom atau Raja Farah Afzal Raja Ikram berkata, keputusan itu dibuat kerana sedar tidak ramai yang boleh menerima penampilannya itu selain ingin membuktikan dia bersungguh-sungguh untuk kembali ke persada muzik tempatan.

"Sebenarnya berat hati nak tanggalkan dreadlock ini tetapi untuk GV, saya kena tukar penampilan.

Tom akui penampilan dirinya sukar diterima orang ramai.

"Bukan semua orang boleh terima imej saya ini. Demi buat comeback saya sanggup," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Tom berkata, meskipun berasa sedih terpaksa mengubah imej tersebut namun itu adalah kali terakhir dia akan tampil dengan rambut dreadlocks.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Tomok tak terasa hati baju merah dikritik Hetty Koes Endang, puas hati dengan rekaan Hatta Dolmat

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Bukan kali pertama bertembung... kehadiran Sharnaaz Ahmad di GV9 tak ganggu Shila Amzah, siap bagi ‘eye contact’

Tom memberitahu, dia sudah puas dengan imej dibuat sejak 2007 selain tidak sanggup mengharungi proses mengikat dreadlocks yang menyakitkan.

"Barangkali ini yang terakhir dan saya tak akan buat dreadlocks lagi... sakit!

Saya tidak mahu tunjuk kepada sesiapa sehinggalah persembahan minggu ketiga Ahad ini.

TOM

PENYANYI

"Kali ini memang akan buka terus. Kalau dah buka nanti, tak tahu macam mana rupanya. Kalau boleh selepas buka rambut ini, saya tidak mahu tunjuk kepada sesiapa sehinggalah persembahan minggu ketiga Ahad ini," ujarnya.

Kata Tom, sejak 2007 dia sudah tiga kali memasang dan membuka ikatan rambut dreadlock dengan anggaran harga di antara RM800 sehingga RM1,000.

Sementara itu, Tom mengaku menyesal mencacah tatu pada tubuhnya disebabkan terpengaruh dengan rakan-rakan suatu ketika dahulu dan menyifatkan perkara itu sebagai isu sensitif buat dirinya.

ASTRO_7252

Tom bakal tampil dengan penampilan baharu pada minggu ketiga GV9.

Meskipun tidak dapat memutar waktu, namun Tom berazam untuk membuang tatu tersebut sekiranya mempunyai rezeki suatu hari nanti.

"Mestilah menyesal, tapi benda pun sudah berlaku... kalau nak buang pun lagi sakit daripada buat dan kosnya mahal. Insya Allah kalau ada rezeki, memang saya nak buang tatu menggunakan lazer yang tidak menyakitkan.

"Walaupun bertatu, tapi saya tetap menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Islam dan selebihnya saya tawakal sahaja kepada Allah," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain