suria

Fikry Ibrahim beli kereta baharu demi misi bantuan banjir, terkilan tahun lalu hanya lihat mangsa dari jauh

Kereta pacuan empar roda baharu yang dibeli Fikry sebagai persedian misi bantuan banjir.

PRIHATIN untuk membantu mangsa banjir, pelakon Fikry Ibrahim sedia menghulurkan bantuan kepada mana-mana pihak yang memerlukan jika terlibat dengan bencana itu.

Bagi memudahkan urusan tersebut, Fikry atau Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim sudah pun membeli sebuah kereta pacuan empat roda supaya memudahkan kerja-kerja bantuan dilakukan kelak.

"Tahun lepas saya juga ada buat usaha membantu mangsa banjir secara kecil-kecilan. Namun saya masih ingat apabila kami tidak boleh masuk ke sebuah kawasan banjir disebabkan masalah kenderaan yang dinaiki.

fikry ibrahim 2

Fikry sedia beri bantuan apabila tiba musim banjir.

"Jadi sebagai usaha dan tanggungjawab tahun ini, saya beli sebuah kereta. Kalau nak beli untuk kegunaan sendiri memang fikir dua tiga kali. Tetapi untuk misi bantuan ini saya nekad untuk memiliki kereta baru," katanya kepada mStar.

Meluahkan rasa terkilan apabila tidak dapat menyampaikan bantuan segera tahun lalu, kali ini Fikry membuat persiapan awal.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Saya tak mahu menyesal” - Fikry Ibrahim tak kisah ulang-alik kampung demi jaga ibu sakit, mahu balas segala jasanya

ARTIKEL BERKAITAN: Kredibiliti dipertikai ekoran tersilap umum nama pemenang Dewi Remaja, Fikry Ibrahim hanya ikut informasi produksi

Malah, dia bersama beberapa rakan-rakan lain siap siaga untuk turun padang di mana-mana kawasan terjejas jika diperlukan.

"Sebelum ini apabila tidak dapat sampai ke tempat terjejas dengan segera memang buatkan saya rasa terkilan kerana hanya boleh memandang mangsa banjir dari jauh sahaja.

Kalau nak beli untuk kegunaan sendiri memang fikir dua tiga kali. Tetapi untuk misi bantuan ini saya nekad untuk memiliki kereta baru.

FIKRY IBRAHIM

PELAKON

"Kali ini saya bersama rakan-rakan lebih bersistematik supaya tidak kalut untuk memberi bantuan. Segala kelengkapan dan keperluan sudah kami siapkan.

"Memanglah kita berharap bencana banjir ini tidak akan berlaku namun semua itu adalah ketentuan Allah," ujarnya.

Dalam masa sama, Fikry akan sentiasa mengikuti perkembangan mangsa banjir menerusi makluman orang awam yang terjejas.

fikry ibrahim 3

Fikry akui pernah terkilan apabila tidak dapat beri bantuan dengan kadar segara kepad mangsa banjir tahun lalu.

"Disebabkan kami buat secara sendiri tanpa terlibat dengan mana-mana organisasi, jadi orang awam adalah sumber terpenting untuk kami dapatkan maklumat.

"Bagaimanapun semua info yang diberi haruslah ditapis dahulu supaya tidak ada bantuan berlebihan," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain