SELEPAS 10 tahun berkenalan dan menjalinkan hubungan cinta, pelakon Raysha Rizrose akui hatinya kini terbuka untuk melangkah ke alam perkahwinan bersama kekasihnya iaitu pelumba kereta F3, Nabil Jeffri. Meskipun belum ada sebarang tarikh yang ditetapkan, Raysha atau nama Farza Naquraisha Rizrose, 26, memberitahu perasaan untuk berkahwin itu datang secara semula jadi apabila dia merasakan sudah tiba masanya melangkah ke alam perkahwinan. “Belum ada tarikh lagi untuk berkahwin namun perancangan ke arah itu memang ada. Persediaan juga belum dibuat. Jadi mungkin tahun hadapan atau tahun-tahun berikutnya. “Saya sentiasa percaya kalau sudah tiba masanya akan datang perasaan bersedia untuk berkahwin. Raysha sudah kenal Nabil sejak usia 16 tahun. "Sekarang inilah masanya apabila saya merasakan sudah mencapai tahap yang baik dalam kerjaya dan kehidupan. Usia juga semakin meningkat,” katanya kepada mStar. Raysha ditemui ketika majlis pratonon koleksi RR Bridal 2022 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Rabu sekaligus memperkenalkan dirinya sebagai muse bagi rekaan Rizman Ruzaini itu. ARTIKEL BERKAITAN: Raysha belum sedia kahwin biarpun dah 6 tahun berkawan dengan pelumba F3 ARTIKEL BERKAITAN: Raysha Rizrose kesal individu dikenali curi wang dan gelang pusaka keluarga - “Mama buat solat hajat sampai satu hari...” Bercakap tentang cabaran bercinta dalam tempoh perkenalan, kata Raysya pasti ada pasang surutnya dan mereka juga pernah memutuskan hubungan selama empat bulan sebelum kembali bersama. “Apabila sudah lama kenal tipulah kalau saya katakan tidak pernah gaduh dan putus cinta. Hubungan jarak jauh juga antara cabaran yang kami lalui. "Namun disebabkan telah lama kenal, maka susah untuk saya mulakan perkenalan dengan orang lain. Sekarang inilah masanya apabila saya merasakan sudah mencapai tahap yang baik dalam kerjaya dan kehidupan RAYSHA RIZROSE PELAKON “Dia juga sangat faham kerjaya saya sebagai seorang pelakon. Jika ada sebarang masalah timbul kami akan cari jalan terbaik untuk selesaikan,” ujarnya. Sementara itu bercakap tentang pemilihan sebagai muse bagi koleksi RR Bridal, Raysha meluahkan rasa terharu apabila gabungan pereka fesyen Rizman dan Ruzaini sudi bekerjasama dengannya. Sebagai seorang wanita, Raysha juga mempunyai majlis impian perkahwinan sendiri dan pastinya Rizman Ruzaini adalah orang pertama dalam fikirannya untuk menghasilkan baju perkahwinan nanti. Rekaan Rizman Ruzaini jadi pilihan Raysha untuk persalinan di majlis perkahwinan. “Rasanya semua wanita ada majlis impian mereka. Bagaimanapun sekarang ini masih belum buat keputusan lagi tentang segala persiapan majlis. "Rizman Ruzaini adalah nama pertama yang terlintas dalam fikiran untuk menghasilkan baju saya nanti kerana percaya dengan hasil kerja mereka. “Saya mahukan majlis yang sederhana yang hanya dihadiri keluarga dan teman rapat. InsyaAllah jika sudah dekat nanti saya akan kongsikan kepada semua,” jelasnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI