suria

Adira Suhaimi selamat melahirkan bayi keempat secara pembedahan

Adira selamat melahirkan anak keempatnya secara pembedahan pada Khamis.

PENYANYI Adira Suhaimi berkongsi khabar gembira selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Sungai Buloh pada Khamis.

Memaklumkan perkara tersebut Adira atau Siti Adira Suhaimi, 31, berkata, bayi seberat 3.5 kilogram itu selamat dilahirkan secara pembedahan.

“Alhamdulillah.. pembedahan berjalan dengan lancar. Saya masih berada dalam keadaan mamai kesan bius pembedahan yang dijalani tengahari tadi.

Adira suami

Adira dan Adnan berkahwin pada 2015.

“Saya dan bayi berada dalam keadaan baik. Mujur ibu juga turun ke Kuala Lumpur bagi membantu menguruskan saya dan anak-anak.

“Terima kasih di atas doa semua. Kini fokus untuk berpantang saja,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jamal Abdillah terima permohonan maaf Roslan Shah, tak mahu buang masa gaduh perkara remeh

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Idham tegur kumpulan Ubi persenda Yoe Parey, minta pelawak jangan guna OKU modal komedi

Adira sebelum itu turut berkongsi gambar bayi keempatnya itu menerusi satu hantaran di media sosial.

Untuk rekod, Adira berkahwin dengan ahli perniagaan iaitu Datuk Seri Adnan Abu di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Anggrek, 5, Asan, 4 dan Anggun yang kini berusia 3 tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain